SEMASA BERMULA, MEMILIH BIAR BERPADA

SEMASA BERMULA, MEMILIH BIAR BERPADA

Tidak hilang bisa ular yang menyusur akar.

 

Kita melihat ramai orang bisnes yang berjaya bermula dengan pelbagai cara. Sama ada mereka mempunyai latar belakang bisnes atau tidak, masing-masing mempunyai kisah perjalanan yang unik.

 

Secara amnya, setiap usahawan yang berjaya melalui fasa permulaan yang sukar dalam definasi dan situasi mereka yang tersendiri. Meskipun kita lihat mereka tidak mempunyai isu modal kewangan, namun perjalanan mereka membina formula dan model bisnes itu jelas penuh kesukaran.

 

Pernah semasa saya menghadiri sebuah program ‘Business Talk’ yang mengetengahkan usahawan yang berjaya dengan latar belakang kewangan yang baik. Beliau merupakan anak seorang Datuk dan diberikan modal untuk memulakan bisnes dengan sejumlah hamper sejuta ringgit.

 

Rupa-rupanya, perjalanan bisnes beliau juga melalui perjalanan yang penuh ranjau. Bermula dengan pencarian model bisnes sehinggalah kepada pembekal kepada bisnesnya, beliau menghabiskan hambir 70% modal yang ada sebelum bisnes bermula.

Pertemuan santai orang bisnes
Bertemu dalam kumpulan orang bisnes membolehkan kita berkongsi banyak maklumat.

 

Ya, semuanya bermula dengan apa yang ada ditangan. Namun, saya lihat mereka yang berjaya tidak banyak memilih pada peringkat mereka bermula. Ada ramai orang bisnes yang berjaya sebagai CEO sebuah syarikat, tidak bermula dengan jawatan sebagai CEO.

 

Ada ramai orang bisnes yang berjaya sebagai chairman syarikat, tidak memulakan bisnes dengan memegang jawatan chairman syarikat.

 

Apabila kita menyatakan kemahuan menjadi pengusaha bisnes yang berjaya, tidak semestinya kita MESTI menjadi pengusaha pada peringkat awal. Seorang Pengarah syarikat yang berjaya, tidak hanya belajar apabila dilantik menjadi seorang pengarah.

Kita lihat beberapa contoh mudah.

  • Seorang pengusaha bisnes borong kain, bermula dengan belajar menjual kain secara runcit.
  • Seorang pengusaha bisnes tadika, bermula dengan bekerja sebagai guru tadika.
  • Seorang pengusaha bisnes servis kereta, bermula dengan bekerja di sebuah bengkel membaiki kereta.

 

Hari ini kita melihat ada situasi dimana usahawan baru yang mahu belajar bisnes, mendesak mahu terus memegang jawatan tinggi dalam bisnes itu tanpa ada asas kemahiran dan kebolehan.

 

Situasi ini memang pelik. Ada yang mahu belajar menguruskan bisnes trading dengan memegang jawatan sebagai COO syarikat trading. Ada yang mahu belajar menguruskan bisnes latihan dengan memegang jawatan sebagai ‘Principal Trainer’. Ada yang mahu menjalankan bisnes restoran dengan memegang jawatan sebagai Pengurus Operasi Restoran.

 

Apabila seseorang itu mahu belajar dan sedia belajar untuk berjaya dalam satu-satu bisnes, tidak menjadi satu perkara yang memalukan untuk bermula dari bawah. Meskipun memegang kelulusan tinggi dari universiti bertaraf antarabangsa, ia tidak menjamin kejayaan kita apabila memulakan bisnes baru.

 

Mereka yang mengaku mahu belajar dan berkuli dengan syarikat bisnes yang sedia ada, sentiasa membuat pilihan yang berpada-pada apabila bermula. Mereka bersedia menerima tugas-tugas yang dianggap ‘kotor’ , bertaraf kuli atau buruh.

 

Bak kata pepatah, ‘Tidak hilang bisa ular yang menyusur akar.”

Karisma dan bakat itu tidak akan lenyap. Malah, dalam banyak situasi ia semakin menyerlah.

 

Maka, beruntunglah mereka yang mempunyai fokus yang betul apabila bermula. Untuk buat duit dalam bisnes, keegoan berdasarkan status dan pandangan masyarakat sekeliling mesti diketepikan.

 

NPO 2015, 3.9
Menghadiri kelas juga merupakan satu cara bertemu dengan orang bisnes yang lain.

 

Usahawan startup yang berjaya, bermula dengan fokus utama apabila bermula. Memilih apa yang kena pada tempatnya.

 

Teks oleh : Noraminah Omar

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.