MEMBANGUN BERSAMA

STRATEGI MEMBANGUN BERSAMA

Menjalin hubungan bisnes untuk jangkas masa panjang.

 

Fasa memulakan bisnes memang menyeronokkan. Cabaran yang datang menjadi sumber motivasi utama untuk kita terus bergerak maju. Malah, apabila kita mengetahu bahawa banyak bisnes tutup dalam tempoh 3 tahun pertama, kita mula menjadikan survival untuk 3 tahun pertama sebagai salah satu pencapaian yang kita sasarkan.

 

Pada peringkat awal, memang biasa kita mengalami situasi di mana pihak tertentu mula mahu mengambil kesempatan. Pembekal ‘demand’ bayaran tunai. Pemberi perkhidmatan sokongan juga mengenakan kadar den servis yang standard sahaja.

 

Sedar atau tidak, majoriti mereka yang baru dalam bisnes dalam tempoh 3 tahun pertama banyak ‘membakar’ wang di sana-sini. Ini tambah jelas berlaku dikalangan mereka yang tidak mempunyai rakan kongsi berpengalaman dalam syarikatnya.

 

Apakah ini biasa?
Apa yang membolehkah sebuah syarikat bisnes baru berkembang dengan baik dan mengurangkan risiko kerugian dan ‘ditipu’?

 

Antara yang biasa dikongsikan ialah dengan menggunakan strategi ‘membangun bersama’. Bagaimana ia dilakukan?

 

Pertama, berkenalan dengan mereka yang juga sama-sama mahu membangun dalam bisnes.

 

Meskipun ini juga mempunyai risiko, dengan perbincangan dan cara yang betul, kita boleh sama-sama membangun bersama.

 

santai
Sesi pertemuan santai begini memberi peluang kita berkenalan dengan ramai orang.

 

Ambil contoh Puan A merupakan seorang pengusaha tadika yang baru sahaja mahu bermula. Beliau akan memerlukan pembekal bahan pembelajaran, perabot, pakaian seragam serta kelengkapan lain dalam mengusahan bisnesnya.

 

Puan A berkenalan dengan Puan S yang sedang menjalankan bisnes membekalkan peralatan dan perabot tadika. Puan A bersetuju untuk bersepakat bersama dengan Puan S agar beliau membekalkan semua peralatan tadika kepada beliau.

Apa yang Puan S maklum?
+ Puan S akan membekalkan semua keperluan tadika kepada Puan A.

+ Puan S tahu bahawa Puan A akan membuka tadika tambahan setiap tahun berdasarkan perancangan bisnes yang dikongsikan.

+ Puan S diperkenalkan kepada rakan-rakan bisnes Puan A yang lain.

+ Puan S bersetuju memberikan % pengurangan harga berdasarkan rekod pembayaran Puan A sebagai pelanggan baru.

+ Puan S tahu bahawa banyak lagi produk keperluan tadika yang boleh ditawarkan kepada Puan A dan rakan-rakan bisnes Puan A

 

934137_1251774394851467_3413565994851523039_n

Dengan adanya perkongsian maklumat dan persefahaman antara Puan A dan Puan S yang sama-sama dalam fasa awal menjalankan bisnes, mereka dapat saling menyokong antara satu sama lain.

 

Kedua, berkenalan dengan mereka yang benar-benar sudah berjaya dalam bisnes dan mahu membantu orang bisnes baru yang lain membangun.

 

Mereka ini sering dikategorikan sebagai orang bisnes yang mahu memberi semula kepada komuniti orang bisnes. Pada kebanyakan masa, orang bisnes yang sudah berjaya begini akan memberikan servis bisnes mereka dengan kadar yang agak rendah dan dengan kualiti yang standard kepada peniaga baru.

 

Ambil contoh seorang Tuan A, junior konsultan yang pakar dalam bidang latihan pembangunan sumber manusia bertemu dengan seorang CEO (anak tampatan) sebuah syarikat perkapalan yang sudah berkembang pesat.

 

Tuan A diberikan projek pertama untuk salah sebuah anak syarikat Tuan CEO di Pantai timur. Tuan A memberikan maklumat dan sasaran bisnes beliau berama Tuan CEO dengan tujuan untuk dapat menjadlin kerjasama lanjut dan memberikan perkhidmatan kepada kesemua 50 buah anak syarikat lain dalam kumpulan bisnes Tuan CEO itu.

 

Apakah yang boleh dilakukan?

+ Sebagai orang bisnes baru, berikan komitmen kepada kerjasama awal yang diberikan.

+ Apabila diberikan peluang untuk berjumpa dan di’mentor’kan, berlapang dada dan bersedia untuk belajar.

+ Bina tim dari awal secara berfasa sejajar dengan rancangan perkembangan bisnes.

+ Susunkan tatcara kerja, prosedur dan SOP tertentu agar selari dengan keperluan bisnes.

 

Apabila ini berlaku serentak, Tuan A sudah mempunyai peluang untuk membina trek sendiri dengan ‘kerjasama’ bersama mereka yang sudah berjaya dalam bisnes.

 

12401002_1251774574851449_49249829949223290_n

 

Dua perkara di atasa hanya boleh dilakukan dengan baik apabila kita yang baru menceburkan diri dalam bisnes mempunyai kemahiran dan sikap yang

.

Teks oleh : Noraminah Omar

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.