KISAH KASIH merupakan siri artikel khusus untuk ibu, ayah dan guru-guru dalam kerangka pendidikan, hidup dan perkembangan anak-anak.
ASINGKAN TEKNIKAL DAN EMOSI
Bagaimana jika anak saya tidak mahu ke sekolah (tadika)? Ini biasa berlaku untuk anak darjah 1 juga.
Semak : Apakah ianya isu teknikal atau emosi?
Apakah isu emosi? Berikut adalah beberapa contoh isu yang melibatkan emosi.
+ rasa kehilangan kasih ibu kerana selalu tiada di rumah
+ sedih tidak diterima kawan
+ tidak seronok kerana kurang mainan (tidak seperti di rumah)
+ rasa kekurangan dengan kawan
(Contohnya : kawan selalu bawa barang mahal ke sekolah)
Apakah isu teknikal? Berikut adalah beberapa contoh isu yang berbentuk teknikal.
+ tidak tahu susun buku
+ tidak biasa mandi pagi
+ tidak tahu menggunakan wang membeli di kantin
+ penat dengan jadual sekolah
2 situasi ini mempunyai cara yang berbeza untuk menyelesaikannya.
Bagi isu teknikal, berikut boleh dilakukan:
1. Semak apakah yang menyebabkan isu itu berlaku?
2. Pelan tindakan untuk membuang perkara yang menyebabkan isu itu berlaku ATAU ciptakan sesuatu untuk mengelakkan isu itu.
Ambil contoh anak tidak biasa mandi pagi. Apakah kerana anak kesejukan? Jika ya, pasangkan pemanas air di bilik mandi.
Ambil contoh anak kepenatan. Apakah anak diberikan bekal makanan yang cukup? Apakah anak perlu diberikan makanan tambahan berbentuk supplement? Apakah jadual perjalanan sekolah anak perlu diubah?
Daripada dapatan ini, susunkan tindakan yang patut.
Bagi isu emosi, yang berikut adalah disarankan:
+ Apabila anak sering rendah diri dan merasakan dirinya kekurangan daripada anak yang lain, dorong anak dengan pujian.
Berikan pujian kepada hasil kerja yang dilakukannya secara sepsifik. Berikan pujian secara on time. Apabila bertemu dengan guru kelas, ambil peluang. Pujilah hasil kerja anak yang memberansangkan di rumah di hadapan guru.
+ Apabila anak melakukan kesilapan, diam sahaja.
Berikan fokus kepada perkara yang baik dan positif sahaja. Apabila mahu ambil tahu dan menegur, tanyakan dengan ayat “Apakah yang…..”. Kemudian, terus nyatakan apa yang betul.
.