MUSTIKA 2: FB untuk memberi manfaat.

Siri MUSTIKA mengisahkan tentang media sosial dan orang bisnes.

 

Cikpuan Zuna menyambung, “Bukan macam itu, Puan. Saya ini kerani saja, tak perlulah nak buat posting FB macam itu. Puan lain…”

Sengaja saya diam. Melihat Cikpuan Zuna yang bersungguh itu, saya berkata, “Lain macam mana? Saya bekerja, Cikpuan pun bekerja. Jika saya perlu lapor kerja saya di FB, sudah tentu Cikpuan juga perlu buat begitu.”

“Ish…Puan ni! Puan kan ada jawatan besar dalam syarikat. Saya tengok semua oarng buat macam itu. Setiap kali mesyuarat post gambar. Ada kelas post gambar. Semuanyalah…”

Saya senyum. Saya kira, Cikpuan Zuna ini memang ‘observant’ orangnya. “Cikpuan, tariklah kerusi tu. Duduk dulu. Lama ni. Saya perlu juga semak sebelum sign.”

Memandangkan  Cikpuan ini perlu menunggu lama dan mengajak saya berbual, tidak elok pula membiarkan dia berdiri. Setelah CIkpuan Zuna duduk dengan selesa saya menyambung, “Cikpuan mahu tahu?”

Buntang mata Cikpuan Zuna memandang saya. Lalu berkata, “Apa dia, Puan?”

“Orang bisnes memang menggunakan media sosial untuk banyak tujuan. Salah satunya ialah tujuan penjenamaan.”

Cikpuan Zuna diam. Melihatnya begitu, saya menyambung. “Jadi, memang bagus bagi mana-mana bisnes jika semua orang di dalamnya menyebarkan berita yang baik-baik. Terutamanya tentang syarikat mereka.”

Cikpuan Zuna mengangguk perlahan. “Yang itu saya faham.”

Saya menyambung, “Apa yang biasanya orang bisnes lakukan termasuklah berkongsi berita dan maklumat. Tetapi, media sosial ini memang asalnya untuk tujuan bersosial. Berkawan-kawan. Tetapi, lama-kelamaan media sosial sudah banyak mengubah cara kita menggunakannya.”

Cikpuan Zuna masih diam. Saya menyambung, “Cikpuan pun ada akaun FB, bukan?”

Cikpuan Zuna senyum. Dia angguk. “Itu untuk saya saja-saja, Puan. Dengan kawan-kawan. Bukan untuk bisnes.” Jawapan itu jujur dan kedengaran sangat ikhlas. Belum sempat saya menyambung, Cikpuan Zuna berkata, “Saya belum masuk tahap orang macam Puan.”

Saya ketawa kecil.”Cikpuan, semua orang pun sama. Semua mahu gembira dan berkawan-kawan. Tapi, dalam konteks yang Cikpuan sebut tadi, memang FB ada banyak kegunaan selain berkawan-kawan.”

Saya menarik nafas panjang. Kemudian saya menyambung, “Begini, Cikpuan. Biarlah apa juga yang kita paparkan dan post itu, memberi manfaat kepada orang. Barulah mereka suka berkawan. Secara peribadi, saya juga banyak belajar.

Jika Cikpuan tanya saya tentang penggunaan FB, ringkas saja. Kita kongsikan berita dan maklumat. Sekali-sekala, adalah…saya letak gambar anak atau gambar hari hujan.”

Cikpuan Zua ketawa kecil. Setelah selesai menandatangani PV dan cek yang ada, saya hulurkan semula kepadanya.

“Ok, Puan. Terima kasih.” katanya tatkala bangun untuk beredar.

Saya sempat meneruskan kerja menaip sebelum telefon dihujung meja menjerit-jerit minta diangkat.

 

…bersambung.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.