MUSTIKA 3 : FB sebagai medium menilai.

Siri MUSTIKA mengisahkan tentang media sosial dan orang bisnes.

 

Laporan yang perlu disiapkan hanya tinggal sedikit sahaja lagi. Bahagian laporan kewangan sahaja yang tinggal. Resit dan bukti perbelanjaan semua sudah siap. Maklumlah, meskipun Cikpuan Zuna menyebut yang saya berjawatan tinggi, bukan bermakna kerja mewah seperti di syarikat lain.

Bekerja dalam syarikat baru tidak sama dengan bekerja dalam syarikat yang sudah ‘established’. Malah, bekerja dalam syarikat yang bermula dengan fasa start-up yang lama juga memberi kesan kepada cara kita bekerja.

Pada masa itu, syarikat tidak mampu mengambil pekerja sebagai pembantu am atau kerani untuk hal-hal begitu. Laporan perbelanjaan perjalanan, masih kami sediakan juga. Memandangkan ianya tidak kerap dan tidak banyak, saya dan beberapa rakan kongsi yang lain tidak berkira.

Kedudukan Telefon yang menjerit-jerit itu agak jauh daripada tempat duduk saya. Kebetulan hari itu, saya datang awal untuk tujuan menyiapkan laporan. Saya bangun dan bergegas ke arah telefon yang sudah lama berbunyi.

Angkat sahaja saya disapa dengan satu suara perempuan, “Assalamualaikum. Pejabat SA ya?”

Saya terus menjawab, “Ya, Cikpuan. Ada apa yang boleh dibantu?”

“Boleh saya bercakap dengan Puan Min?”

“Ya, saya.”

“Oh…Puan, apa khabar?”

Mendengar nada suaranya yang lebih tenang dan lega, saya senyum. Sambil menarik kerusi yang berhampiran saya menjawab, “Alhamdulillah, baik. Siapa ni?”

“Ini sayalah, Puan Zam.”

Memandangkan Puan Zam merupakan salah seorang rakan niaga dalam syarikat, saya terus menetapkan tona perbualan kepada yang lebih bersahaja.

“Oh, Puan. Saya tak dapat cam suara. Ya, Puan ada apa ya?”

“Macam ini. Saya mahu semak dengan Puan. Yang puan ada post senarai rakan niaga yang 11 itu sahaja, Tuan Rizki itu masih jadi rakan niagakah?”

“Ya. Nama beliau masih ada dalam senarai. Ada apa Puan?”

“Bukan apa, Puan. Jika Puan semak, dia memang sudah lama tidak aktif. Laporan jualan dan kehadiran mesyuarat pun kosong. Tiada.”

“Oh…begini, Puan. Senarai yang saya terima itu ialah daripada bahagian pemasaran online. Laporan menunjukkan 11 rakan niaga itu yang aktif mempromosikan dan bercerita tentang produk kita secara online.”

Kedengaran helaan nafas yang panjang dihujung talian. “Bukan apa, Puan. Saya tidak mahu rakan niaga lain salah faham. Tuan Rizki itu tidak comply dengan perjalanan dan peraturan bisnes kumpulan kami di sini.”

Saya mula menghidu sesuatu. “Comply yang bagaimana, Puan maksudkan?”

“Yalah Puan. Dia tidak berikan kerjasama! Banyak aktiviti kita dia tidak join. Minta laporan pun tidak hantar. Lagipun, Puan tahu yang saya ada hantar emel memohon penegsahan status beliau, bukan?”

“Oh ya! Saya ingat. Beginilah, Puan. Saya akan semak dahulu. Jika perlu, saya sendiri yang perlu berjumpa dengan beliau. Tetapi, buat masa ini, nama beliau masih ada dalam senarai kita.”

“OK, baik Puan. Saya faham. OK, itu saja Puan. terima kasih.”

Selepas meletakkan gagang telefon, saya juga bertanya kepada diri sendiri. Bolehkah laporan aktiviti di FB dijadikan sebagai kayu ukur? Jika yang tidak membuat posting bagaimana? Apakah mereka tidak aktif?

Saya mula bertanya kepada diri sendiri. Soalan yang banyak. Belum sempat saya jawab, rakan sekerja menolak pintu masuk.

Wajah yang ceria dan gembira menyapa saya. “Hai, apa khabar Puan?”

 

….bersambung.

.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.