Siri MUSTIKA mengisahkan tentang media sosial dan orang bisnes.
.
Puan Lia yang bertubuh sedikit gempal itu terus duduk di kerusi hadapan saya. Senyumannya kali ini panjang sekali. “Puan Apa khabar?”
Saya senyum kembali. Selepas bertanya khabar semasa menolak pintu tadi, sekarang dia bertanya lagi. “Puan ni, macam tidak biasa. Alhamdulillah. Saya OK.”
Saya masih teringat tentang medium FB yang saya jadikan sebagai salah satu alat ukur KPI kepada rakan kongsi. Spontan saya bertanya kepada Puan Lia yang masih senyum tidak habis. “Puan, apa pandangan Puan tentang penggunaan FB untuk mengukur pencapaian seseorang.”
Puan Lia diam. Jarinya masih menyapu-nyapu skrin telefon. Mengangkat mukanya, dia memandang saya. Kemudian dia berkata, “Itulah Puan…FB ini memang bagus. Sesuai untuk ramai orang bisnes membina macam-macam untuk bisnes dia. Ada yang kumpul data, ada yang menjual, ada yang memasarkan ada yang membina nama.”
Kata-kata Puan Lia menarik perhatian. Saya menunggu ayat-ayat seterusnya. Panjang Puan Lia menarik nafas sebelum menyambung. “Tapi, Puan…FB ini pun bukanlah segalanya.”
Saya menyandarkan badan yang sudah agak lenguh. “Apa maksud Puan?”
Puan Lia menyambung. “Ya lah. Ada ramai orang bisnes jenis yang suka menyampaikan dan berkongsi berita. Biasanya mereka ini entreprenuer. Lain pula halnya dengan intrapreneur.”
“Apa yang lain?” saya pula bertambah hairan.
“Puan Min, bukankah kita ni intrapreneur? Puan pun tahu. Orang macam saya dan Puan, tak suka bising-bising macam tu. Diam-diam, kerja siap.”
“Oh…..” saya mula terfikirkan sesuatu.
Capat-cepat saya berkata, “Jika begitu, susahlah untuk kita bantu mereka yang tidak rajin sampaikan berita. Bagaimana kita mahu tahu perkembangan? Macam itu, kita pun perlulah bising-bising di FB, ya Puan?”
Puan Lia menggeleng. Dia menyambung, “Tidak juga Puan. Saya kira, apa yang kita kongsikan sekarang pun sudah mencukupi.”
“Itulah Puan. Saya sedang mencarai jalan bagaimana mahu mengukur pencapaian dan usaha pemasaran rakan niaga kita melalui media sosial. Puan ada cadangan?” saya bertanya semula.
“Oh, yang itu mudah saja Puan. Bukankah biasanya ada page bisnes?”
“Ya, betul”
“Ha, page bisnes itu biarkan mereka jaga. Puan beri sahaja latihan dan panduan yang betul. Jika mereka tidak tahu, Puan tawarkan sahaja servis menyediakan FB page dan jagakan sekali. Puan cajlah!”
Saya membulatkan biji mata, “Oh ya?”
Puan Lia ketawa kecil. “Yalah, macam itulah. Puan mahu hasil, tetapi ada yang tidak buat. Jadi Puan mahu setkan KPI. Walhal, mereka sebenarnya tidak tahu buat. Paling tidak mereka tiada masa nak buat…agaknyalah!”
“Wah, betul juga Puan ya! Saya tidak pula terfikir begitu.”
Puan Lia senyum. “Ok lah Puan. Saya nak sambung kerja. Sengaja saya datang ke sini mahu ‘break-away’ sekejap.”
Puan Lia berlalu dengan senyum ceria. Betullah. Adakalanya, Allah datangkan idea dan penyelesaian dari pelbagai sumber. Salah satunya, macam Puan Lia. Dia datang dan memberikan sisi pandang baru bagi saya.
Ya. Hidup…begitulah.
.