KISAH KASIH 8: JADI MODEL UNTUK DORONG ANAK SERONOK MEMBACA

KISAH KASIH merupakan siri artikel khusus untuk ibu, ayah dan guru-guru dalam kerangka pendidikan, hidup dan perkembangan anak-anak.

 

JADI MODEL UNTUK DORONG ANAK SERONOK MEMBACA

 

Banyak yang kita dengar tentang isu membaca. Anak-anak juga selalu menjadi mangsa ditekan oleh orang dewasa apabila mereka tidak boleh membaca seawal usia 5 tahun.

 

Ada banyak peringkat membaca untuk anak-anak. Apa juga situasi dan fasanya, membaca mesti dimulakan dengan rasa suka dan seronok. Apabila seronok, anak-anak tidak tertekan dan lebih gembira. Ini penting supaya apabila mereka perlu membaca bahan yang berat kelak, mereka tidak tertekan.

 

Ini boleh kita mulakan sebagai ibu bapa iaitu orang dewasa yang anak-anak selalu perhatikan. Mereka akan mencontohi kita.

 

  1. Koleksi bahan cetak di rumah

 

Tidak kira sama ada buku, majalah, ensiklopedia atau kamus, pastikan kita ada koleksi bahan bacaan di rumah.

 

Bagi rumah yang ada anak-anak kecil, sudah tentu ada koleksi yang khusus. Ini termasuklah buku cerita kanak-kanak, buku bergambar dan bahan cetak yang berwarna-warni seperti poster.

 

Ruang di mana koleksi disimpan mestilah cukup terbuka untuk anak-anak.

 

  1. Buku sebagai teman memandu

 

Pastikan ada paling tidak sebuah buku di dalam kereta. Sama ada buku nota atau buku catatan, ia sudah memadai. Apabila anak-anak melihat kita sebagai ibu bapa sentiasa bersama dengan buku, mereka melihat buku sebagai teman setia.

 

Apabila keluar memandu dengan jarak dan tempoh lebih daripada 30 minit, pastikan anak-anak bawa bersama buku pilihan mereka.

 

  1. Jadikan buku sebagai gaya

 

Sama ada ibu atau ayah, biasakan diri kita membawa sebuah buku apabila kita keluar. Ini lebih mudah bagi ibu yang sentiasa membawa beg tangan bersama.

 

Masukkan sahaja sebuah buku yang saiznya cukup muat dalam beg tangan kita.

 

  1. Biasakan memberi dan menghadiahkan buku

 

Memberi dan menghadiahkan buku bukanlah satu perkara baru, Tetapi, apabila ia dijadikan satu kebiasaan, anak-anak lebih mudah membuat hubungan antara hadiah, buku dan nilainya.

 

Bukan bermakna kita tidak boleh menghadiahkan barang lain. Tetapi, berikan anak-anak pengalaman memberi dan menerima buku serta menghargainya.

 

  1. Membeli-belah dan kedai buku

 

Jadikan kedai buku atau apa juga yang seumpamanya tempat singgahan wajib apabila membawa keluarga keluar membeli-belah.

 

Meskipun tidak membeli buku, anak-anak akan terbiasa dengan budaya membelek, memegang, melihat dan akhirnya mahu membaca.

 

  1. Kunjungi perpustakaan minima 3 kali setahun

 

Ya. Tidak semua orang tinggal berhampiran dengan perpuatkaan, Tetapi, selain daripada perpustakaan negara, ada banyak perpustakaan yang ada di setiap daerah dan bandar.

 

Bawa sahaja anak-anak ke mana-mana lokasi perpuatakaan yang terdekat. Sebaiknya, mendaftar sebagai ahli dan meminjam buku.

 

Malah satu kali setahun puan, sudah cukup untuk memberikan dorongan kepada anak-anak.

 

  1. Buku conteng

 

Membaca tidak dapat dipisahkan dengan menulis dan mendengar. Maka, sebaiknya, berikan sebuah buku kosong kepada anak-anak untuk menconteng dan menceritakan semula pengalaman mereka.

 

Sesekali, kita juga turut mencoret dalam buku itu. Paling tidak lukislah sebatang pokok kelapa atau seekor kucing untuk mereka.

 

Jangan terkejut! Adakala yang diconteng dan diceritakan itu ialah tentang ibu dan ayahnya yang digabungkan watak dengan karakter kegemaran daripada buku yang mereka baca.

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.