CATATAN KEMBARA JUN-JULAI 2016
Bulan ini sahaja, saya menemui beberapa orang rakan usahawan dalam pelbagai bidang. Ada yang menjalankan bisnes bertahun-tahun lamanya, dan ada yang baru sahaja membuat keputusan menjalankan bisnes.
.
Banyak kisah dan cerita yang boleh dijadikan pengajaran. Secara umumnya, semua kisah yang diceritakan berbalik kepada satu perkara. “Pelajaran yang mahu diambil.”
Adakalanya, sebagai manusia biasa, memanglah kita tidak mempunyai kepakaran dalam semua bidang. Malah, kita juga tidak mempunyai kekuatan melakukan semua perkara.
Antara yang BIASA berlaku ialah:
- Apabila kita tidak berkawan-kawan dan tidak rajin berjumpa dengan orang bisnes yang lain, kita akan ketinggalan banyak maklumat.
- Apabila kita mula menjadi orang yang negatif, dengan sendirinya ramai orang yang positif tidak hadir dalam ‘circle of friends’ yang kita mahu bina.
- Apabila kita mula meratap dan merintih, tiada jalan penyelesaian yang dapat difikirkan.
- Apabila kita tidak cukup maklumat, kita akan membuat keputusan dan agakan yang salah.
- Apabila kita sudah menjadi seperti 1-4, kita menjadi orang yang sukar dibawa berbincang.
Banyak situasi yang melibatkan emosi menyebabkan kita asyik memikirkan tentang nasib malang. Tidak kira juga ada yang menyangka mereka dipergunakan, dianiaya dan juga ditipu.
.
Akhirnya, ia masih berbalik kepada diri setiap orang.
.
Apabila ada situasi:
- Berhentilah meratap.
- USAH diam sahaja. Ambillah tindakan untuk berbincang.
- Bekerjasamalah dengan orang yang mahu membantu.
- Dapatkan dahulu maklumat yang betul. Jika diajak berbincang, terbuka dan dengar dahulu. Pertimbangkan semula maklumat.
- Teruskan sahaja berkawan-kawanlah dengan orang lain yang berbisnes. Bisnes yang sama atau berbeza.
“Penganiayaan yang paling besar berlaku apabila kita sendiri tidak mengambil tindakan untuk kebaikan diri sendiri.”
.
Noraminah Omar
Julia 2016, Kajang.