MONOLOG HIDUP TANPA MAKE-UP
Berhentilah belajar, sebentar.
Berkenalan dan berjumpa kawan-kawan baru, menjadikan kita banyak belajar. Belajar tentang hidup. Belajar tentang banyak bidang dan kepakaran. Sepanjang bulan Jun dan Julai, hampir 10 sesi coaching dan konsultasi yang ada dalam jadual.
Saya secara peribadi, seronok kerana dapat belajar banyak perkara. Pada masa kita memberi, kita juga menerima. Begitulah.
Pun begitu, ada banyak hal yang adakalanya bercanggah dengan nilai peribadi yang kita pegang. Secara profesional, ada etika yang perlu kita ikuti. Pada masa yang sama, ada keperluan khusus yang perlu kita penuhi.
Dalam konteks bisnes, sudah tentu kita gembira apabila ada peluang dan banyak ruang untuk membawa wang masuk ke dalam syarikat. Pada masa yang sama, kita tidak mahu klien kita tidak mendapat impak maksima daripada usaha dan perbelanjaannya.
Maka, pernah saya berkata. “Berhentilah belajar! Ambillah tindakan.”
.
Ya. Apabila sudah melewati satu tahap, kita semestinya perlu mempunyai kekuatan menjalankan dan mengambil tindakan atas ilmu yang kita perolehi. Sekiranya ia tidak dapat dijalankan, bermakna, carilah ilmu dan belajar dengan jenis acara program yang boleh diambil tindakan.
Hadirlah ke kelas dan seminar yang lebih bersifat ‘actionable knowledge’.
Berhentilah belajar untuk mendapatkan motivasi dari luar.
Ambil tindakan dan binalah motivasi dalam diri.
Berhentilah belajar…sebentar!
.
Noraminah Omar
Julai 2016
Bandar Pinggiran Saujana, Kajang.