KISAH KASIH 9 : 5 Senarai Semak Memilih Tadika untuk Pasangan Muda

KISAH KASIH merupakan siri artikel khusus untuk ibu, ayah dan guru-guru dalam kerangka pendidikan, hidup dan perkembangan anak-anak.

 

5 SENARAI SEMAK MEMILIH TADIKA UNTUK PASANGAN MUDA

 

Semua ibu bapa sudah tentu mahukan yang baik untuk anak-anak. Mereka mementingkan masa depan anak-anak berbanding keperluan belajar semata-mata.

 

Ibu bapa juga mahu anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Namun, ramai ibu bapa hari ini mempunyai gaya fikir yang berbeza. Dunia kini melihat keperluan belajar bukan hanya memenuhi keperluan mengumpulkan sijil sahaja.

 

Jadi, memilih tadika juga sudah menjadi semakin mencabar bagi ibu bapa. Dengan lambakan dan kenaikan bilangan tadika baru setiap tahun, bagaimana kita boleh mula memilih tadika untuk anak-anak?

 

Apa cara alternatif untuk memilih pendidikan awal untuk anak-anak?

 

  1. Teliti nilai dan keperluan sendiri.

 

Sudah tentu kita punya nilai-nilai dalam hidup yang mahu dikekalkan. Malah, ramai ibu bapa hari ini menerapkan nilai ini dari awal lagi.

 

  1. Apakah nilai yang kita mahu anak kita pelajari?
  2. Apa nilai yang kita terapkan di rumah?
  3. Apakah kemahiran yang anak kita perlukan?
  4. Apa yang anak kita lemah?
  5. Apakah aktiviti yang anak kita minati?

 

Sekiranya kita ini pasangan yang mementingkan kebebasan untuk anak kita belajar, sudah tentu kita mahukan anak-anak didedahkan dengan banyak cara belajar.

 

Apabila kita ini pasangan yang mementingkan gaya hidup cara sederhana, sudah tentu kita mahu anak-anak kita pandai berjimat.

 

Pilih tadika yang mempunyai nilai dan cara pengurusan yang mendokong nilai kita.

 

  1. Lihat lokasi tadika.

 

Sekiranya kita bekerja, apakah kita selesa dengan tadika yang lebih dekat dengan tempat kerja atau dengan rumah? Ini banyak bergantung kepada situasi keluarga masing-masing.

 

Ramai ibu bapa muda yang lebih gemar anak berada dekat dengan tempat kerja. Jika ada tadika di tempat kerja, mereka lebih suka.

 

Sekiranya kita bekerja sendiri, apakah pilihan kita sesuai dengan jadual kerja? Bekerja sendiri bukan bermakna kita ada banyak masa. Cuma, jadual kerja itu fleksibel dan adakalanya lebih daripada masa mereka yang bekerja sepenuh masa.

 

Sekiranya kita mengendalikan urusan rumahtangga sepenuh masa, perlu juga di semak. Apakah kita selesa dengan lokasi tadika yang terlalu hampir dengan rumah, atau lebih baik yang lebih jaduh sedikit dari rumah?

 

Pilihan ini kita buat berdasarkan situasi dan juga jadual kita sebagai ibu bapa.

 

  1. Faktor kos

 

Kira semua kos terlibat. Ada kos yang terus kita nampak dan aa kos yang ‘tersembunyi’. Dapatkan maklumat lengkap.

 

Kira semua yuran pendaftaran, yuran tahunan, yuran baju, buku, makan dan semua yang berkenaan untuk setahun. Kira juga semua kos pengangkutan meskipun, kita sendiri yang menghantar anak ke tadika.

 

Sekiranya ada situasi mendesak seperti terpaksa hantar awal dan ambil anak lewat daripada tempoh masa, semak polisi tadika.

Semak juga terma untuk berhenti atau berpindah tadika.

 

  1. Program dan kurikulum

 

Sebuah tadika yang kita pilih sudah tentu mesti mendokong nilai yang kita pegang.

 

Kita ambil contoh mudah beberapa situasi.

  • Apabila kita percaya anak-anak mesti belajar melalui cara bermain, kurikulum dan program tadika itu mesti begitu.

 

  • Andai kita percaya anak-anak perlu banyak belajar berdikari, program di tadika mestilah memberi ruang seperti itu.

 

  • Kiranya kita mahu anak-anak mempunyai kemahiran fikir yang tinggi, program di tadika sudah tentu perlu ada gaya pembelajaran yang sesuai.

 

  1. Program tambahan

 

Biasanya tadika akan mengadakan banyak program tambahan. Ini membolehkan kita bersedia dengan pilihan-pilihan lain berbentuk semasa. Tetapi, tidaklah menjadi satu kewajipan untuk memilih tadika yang ada program tambahan.

 

Lebih baik sekiranya mereka ada program seperti itu. Bermakna, anak kita mempunyai guru yang banyak ber’eksplorasi’. Maklumlah. Apabila mereka selalu mengendalikan program tambahan, ini menunjukkan guru-guru di tadika itu lebih kreatif dan berdedikasi.

 

 

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.