Biarlah Kebaikan menjadi Sungai.

MONOLOG HIDUP TANPA MAKE-UP

Biarlah kebaikan menjadi sungai.

 

Antara yang memberi kesan dalam hidup ini, ialah apa yang kita lakukan. Ia memberikan impak yang besar, apabila perlakuan kita itu, merubah kehidupan orang lain.

Banyak berlaku, perkara yang kita sendiri tidak sedar. Ya. Hanya dengan menaip satu ayat di wall FACEBOOK, kita mungkin menaikkan nilai hidup orang lain. Adakalanya, dengan hanya menaip satu perkataan, kita ‘menelanjang’kan orang lain.

Apakah dunia ini hanya sekadar mahu popular dan dikenali? Apa agaknya yang difikirkan saban hari?

Apakah kebaikan yang mahu dibawakan?

Dunia ini penuh dengan kepelbagaian. Cerita, kisah suka dan duka. Ada yang rahsia, kekal jadi rahsia. Yang dikongsikan membawa makna, ia menjadi satu legenda.

Ada juga diantara kita, yang dilahirkan dengan satu rasa dan situasi yang dia sendiri tidak jangka. Malah, ada situasi yang juga diluar kawalan individu itu sendiri. Kita lihat mereka biasa-biasa. Tidak ada isu besar. Fizikal sihat, rupa juga menawan. Tiada cacat cela.

Namun, dunia ini…tidaklah seindah mata memandang. Tanya kebaikanlah yang menjadikan kita manusia dengan hati. Insan dengan jiwa.

Kebaikan yang kita lakukan sekarang, kita mahu ia menjadi sungai. Menyejukkan dan indah mata memandang. Kita mahu kebaikan yang mengalir terus, umpama sungai. Sebatang sungai yang panjang.

Saya sendiri tidak pasti.

Apakah Tuan dan Puan yang membaca tulisan ini, terkesan barang sedikit dalam hati?

.

PuanNoraminah2 (22 of 46)

.

Noraminah Omar

Julia 2016

.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.