LELAHNYA, SENDIRIAN SAHAJA

MONOLOG HIDUP TANPA MAKE-UP

Lelahnya, sendirian sahaja.

 

Saya kira, apa juga kerja dan perkara yang kita lakukan dalam hidup ini, pasti ada cabarannya. Ada yang menjadikan kita lebih bersemangat dan ada juga yang menjadikan kita sukar untuk meneruskan perkara yang kita mahu lakukan.

Tidak kira sama ada kita menjalankan kerja di pejabat atau di rumah, cabaran tetap ada. Orang kata, yang indah itu memang mudah untuk kita bayangkan. Yang buruk juga mesti kita bersedia untuk menghadapainya.

Antara  perkara yang sama kita hadapi ialah ‘penat dan lelah’. Adakalanya lambakan tugas di pejabat, menjadikan kita tertekan dari pelbagai sudut. Buat pun susah, tidak buat juga susah. Tambahan pula apabila tugas kita melibatkan perkara yang berbentuk hubungan dengan pelanggan atau orang luar.

Setiap perkara perlu dijawab dan pengurusan komunikasi perlu kerap. Apabila kita pula mempunyai situasi kekurangan staf atau situasi staf yang tidak dapat menjalankan tugas dengan baik, situasi lelah jadi lebih memenatkan.

Ada banyak tugas yang bertindan akan menjadi himpunan tugas tidak berjalan. Ini kes parah juga.

Begitupun, kita mesti bersedia atau tidak menghadapi kesannya. Akan ada pihak yang memarahi kita. Sudahlah lelah dan penat masih belum hilang, emosi pula tercalar.

Sama ada kita bekerja atau menjalankan tugas di rumah, ianya masih sama. Penat itu menjadi satu kelelahan yang sukar kita tangani, apabila kita sendirian.

Mempunyai ahi tim dan staf yang cukup untuk membantu, sudah cukup untuk memberikan sedikit ruang bahagia dan tenang. Meskipun melatih staf juga memerlukan komitmen. Ia kekal sebagai tugas hakiki dan masih menjadi satu aktiviti yang berbaloi dalam institusi kerja.

Didoakan agar perjalanan Tuan dan Puan dalam menghadapi tugasan harian dipermudahkan. Tidak kira sama ada bersama keluarga atau melibatkan pekerjaan di pejabat, ianya tetap sama.

Lelahnya, lebih mencabar jika kita sendirian.

 

.

Noraminah Omar

Julai 2016

Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.