HATI yang TIDAK PUAS

MONOLOG HIDUP TANPA MAKE-UP

Hati memang susah untuk dipuaskan.

 

Ada banyak cara yang orang ajar untuk kita menguruskan emosi. Ada emosi tercalar dengan amarah, kecewa, bimbang dan macam-macam lagi. Ada yang mengajar untuk mengubah kedudukan fizikal diri, mengubah rutin, cara bekerja dan macam-macam lagi.

Ya, macam-macam cara.

Secara dasarnya, manusia sentiasa bermain dengan emosi. Pada masa yang sama, memainkan emosi untuk banyak tujuan. Jadi, asasnya hati memang tidak puas. Ada banyak yang tidak cukup.

 

Apabila kita marah, akan muncullah hati yang sakit. Hati sendiri dan hati orang yang kita marahi. Apabila kita tahan dan diam, kita masih sakit hati.

Biasanya, begitulah. Marah yang datang itu, menjadikan kita sakit hati kepada orang secara automatik.

Tenangkan diri. Diam. Berhenti melakukan kerja yang sedan kita lakukan. Rehat sebentar. Apabila diri stabil, fikirkan jalan terbaik untuk situasi tersebut. Ambil tindakan satu persatu.

 

Adakalanya, kita sendiri terlalu ‘perfectionist’. Kita mahukan yang sempurna. Kita mahu capai KPI. Kita mahu……..dan kemudian kita jadi marah apabila apa yang dibayangkan tidak kita capai.

Ini biasa berlaku ditempat kerja. Malah, situasi yang sama juga berlaku apabila kita berada di rumah, menguruskan masa bersama keluarga.

.

PnNoraminah05

Banyak cara yang diajarkan dan yang boleh kita pelajari. Maka, apabila kita mula menyayangi diri, kita akan mula mengajar hati.

Mengajar hati untuk jadi tenang. Mengajar hati untuk memahami erti kepuasan yang sebenar. Ya…hidup ini sementara. Yang terbaik sahaja yang kita mahu berikan kepada semua.

.

 

.

Noraminah Omar

Julai 2016

Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.