MONOLOG HIDUP TANPA MAKE-UP
Pernah rasa susah?
Susah ini banyak pula maknanya. Bagi sesetangah orang, tanya ada RM50 dalam beg duit, dia dikategorikan sebagai orang susah. Ada pula yang meletakkan carta susah itu kapad bilängan anak dalam keluarga. Ada juga yang mengatakan dirinya susah kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri.
Susah juga ada macam-macam. Adakalanya, hidup ini juga terlalu unik. Unik sehingga ada banyak perkara, tidak pernah tercapai untuk kita fikirkan. Walhal, kehidupan kita ini tidaklah sebesar mana pun….
Bagi kita yang beragama Islam, kita bertuah. Kita ada satu kepercayaan dan pergantungan yang kuat, yang benar dan yang hakiki.
Maka, apabila kita dilanda kesusahan, kita punya banyak sokongan. Emosi? Itu biasa. Ada juga yang terlepas di media sosial. Ada juga yang terlepas secara offline di khalayak.
Sama ada kita berbisnes atau tidak, itu bukan soalnya tentang merasai dan melalui kesusahan. Soalnya, apabila kita pernah melalui ‘susah’, apakah kita benar-benar dapat menghayati ‘senang’?
Impala kita sudah menikmati ‘hidup’, apakah kita bersedia menghayati dan bersedia untuk sebuah ke’mati’an?
Susah boleh hair berkali-kali dalam hidup. Kematian hanya sekali…..dan kita tiada daya atasnya.
“Ya Allah, jadikanlan segala kebaikan yang kami lakukan, walau sekecil zarah, menjadi asbab kepada terbukanya pintu-pintu syurga buat kami. Amin”
.
Noraminah Omar
Bandar Pinggiran Saujana, Kajang.