SUSAH ITU SEMENTARA, MACAM DUNIA

MONOLOG HIDUP TANPA MAKE-UP
Susah itu sementara, macam dunia.
.

Kali ini, banyak gaya penulisan saya lebih kepada perkongsian perjalanan hidup dalam konteks bisnes dan keluarga.

Mana-mana yang patut dan sesuai, saya yakin Tuan dan Puan yang membaca akan mendapat manfaatnya.

Kita sebenarnya mahu hidup seronok dan gembira. Bahagia dan tenang jiwa. Semua orang, mahu begitu. Tidak kira siapa dan dari mana dia datang, manusia itu nalurinya mahu seronok dan gembira.

Maka, perkara yang susah dan sukar, kita sebolehnya tidak mahu lalui. Sebolehnya, tidak mahu juga berkongsi.

Hakikat hidupm begitulah. Bahagian dan seronok yang sebenarnya, bukan di dunia ini. Bahagian dan seronok yang ada sekarang pun, hanya bersifat sementara. Perkara yang baharu, tidak kekal lama. Kerana kekal itu, sifat Allah yang maha esa.

Lalu, kita pun mula memujuk ahti setiap hari, satu persatu. Kita berkata, “Memanglah hidup ini susah. Ianya sementara. Yang seronok dan mudah itu, nanti di syurga.”

Kita juga menyambung dengan berkata, “Biarlah kita bersusah dan berjuang di dunia. Jika berbisnes, biarlah kita meneruskannya sebagai jambatan untuk ke syurga.”

Kita terus mencipta skrip-skrip baru supaya kita terus dapat membina keyakinan dan motivasi diri. Tugas ini juga berat. Bukan semua orang mampu menyediakan skrip yang betul untuk dirinya sendiri.

Bagi seorang yang sudah membuat keputusan berbisnes, cabaran bisnes itu memang lah akan ada.
Bagi seorang yang sudah membuat keputusan keluar daripada bisnes, cabaran juga ada.

Semua keputusan yang kita buat, ada sahaja kesannya. Kesan baik dan buruk, bergantung kepada bagaimana kita menerimanya.

 

Ya, hidup ini indah. Yang susah itulah yang akan memberikan kita keindahan masa hadapan yang boleh ditatap dengan penuh perasaan.

Susah itu, sementara. Macam dunia juga.
Macam kita. Hidup sementara.
Kita mahu jadikan ianya yang terbaik dengan apa yang kita ada.

Selamat berjuang wahai diri!
.
Noraminah Omar

2 Ogos 2016
Wad Paedratik
Hospital Kajang
12.00 malam

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.