Akhirnya, kita juga yang kena…

CATATAN KEMBARA

Hidup ini, apa pun yang kita lakukan memanglah ada cabaran. Hatta menjadi anak kecil juga ada cabarannya. Cabaran datang dari pelbagai sumber dan dengan macam-macam cara.

Ini semua memang lumrah dan menjadi sebahagian daripada perkara yang bersifat semulajadi.

Samalah juga dengan kita orang bisnes. SETIAP satu bisnes yang dijalankan akan ada risikonya. Ada risiko yang berbentuk pengurusan syarikat dan ada risiko yang berlaku dalam bentuk tatacara pengendalian operasi bisnes itu sendiri.

Saya mahu membawa pendekatan penulisan kali ini dalam konteks bisnes yang jelas akan risikonya. Ambil contoh bisnes katering dan bisnes tadika.

Ada risiko yang datang daripada bahagian pengurusan.
Contoh untuk bisnes katering termasuklah:
+ tersalah tarikh tempahan
+ salah menyediakan menu makanan
+ tidak ada staf yang cukup pada hari kejadian
+ tidak mendapat alat/bahan yang ditempah macam yang dijanjikan.

Contoh untuk bisnes tadika pula:
+ tidak cukup murid
+ tidak cukup guru terlatih
+ terlebih ambil murid
+ lembat mendapat stok buku dan baju

Semua yang di atas adalah risiko pengurusan yang lebih mudah untuk di atasi.
Namun, ada risiko yang lebih sukar apabila berlakunya:
+ kes melibatkan keselamatan pelanggan
+ kes yang melibatkan kecuaian

Apa juga situasi yang melibatkan risiko perlu diurus dapat diminimakan dengan adanya SOP dan sistem dalam pengurusan.

Pada masa tertentu orang bisnes akan ada juga konflik dalam membuat keputusan. Sama ada mahu ikut SOP atau buat tanpa SOP demi untuk memastikan kita dapat pelanggan yang cukup dan wang masuk yang cukup untuk operasi bisnes.

Akhirnya, apa juga yang berlaku, apabila ada kes-kes yang dinaikkan, pihak yang menjalankan bisneslah yang paling banyak perlu bertanggungjawab.

Contoh. Apabila pelanggan bersetuju mahu menempah menu yang paling murah, maka pakej serta barang yang disertakan akan diturunkan bialngan dan kualitinya.

Sudah tentu harganya lebih rendah daripada pakej yang ditawarkan dengan harga standard. Apabila khemah tidak mencukupi atau peralatan tidak sesuai, pelanggan sudah tentu akan meletakkan pembekal sebagai orang yang bertanggungjawab. Malah, adakalanya, nama pembekal pula yang diburukkan akibat servis yang rendah.

Meskipun ini semua dipersetujui, antara pelanggan dan pembekal, masih ada juga kes dan situasi berlaku.

.
Menguruskan bisnes ini sentiasa ada kos dan risiko. Adakalanya ia tidak jelas kelihatan. Biasanya, hanya apabila kita melaluinya (sudah kena), barulah kita mehu percaya.

Secara amnya, menjalankan bisnes ini, banyak risiko yang ada untuk kita uruskan dengan baik. Pendapatan daripada bisnes itu memang bagus. Pada masa yang sama, kita masih juga perlu beringat.

Apa juga yang terjadi, kita tetap perlu bertanggungjawab.
.

Noraminah Omar
14 Ogos 2016

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.