Menguruskan Syarikat : Kerja dan Kebajikan

CATATAN KEMBARA 1 :  Uruskan dan Asingkan.

 

Ramai yang marah-marah. Ada juga yang diam sahaja. Selebihnya, buat tidak tahu.

Situasi macam ini biasa. Ini namanya manusia. Ada pilihan dan ada kekuatan masing-masing. Pengalaman menguruskan syarikat membantu saya secara peribadi menjadi manusia.

Manusia yang sentiasa mahu ingat, supaya belajar daripada kesilapan.
Manusia yang selalu mesti berfikir dari setiap kejadian.
Manusia yang sering mempunyai kekuatan dan harga diri dalam menjanai kehidupan.
Manusia yang tahu di mana mahu duduk dan bila masanya perlu berdiri, lalu berlalu pergi.
Manusia yang perlu diam dan bercakap apabila perlu.

.
Sayalah manusia yang paling bersyukur dengan pengalaman ini.

Apabila menguruskan syarikat, ia tidak sama dengan menjalankan kerja-kerja kebajikan. Namun, apabila kita sudah selesai menjalankan urusan syarikat dengan betul, kita tahu bahawa ia adalah sebahagian daripada kerja yang membawakan kebaikan.

.

Apabila kita menguruskan dengan betul, pelanggan akan mendapat nilai yang mereka perlukan. Mereka gembira dan mendapat manfaat daripada apa yang mereka belanjakan.
Apabila kita menguruskan hal kewangan dengan adil dan terperinci, pelanggan, staf, pembekal dan sesmua yang terlibat dalam rantaian bisnes kita mendapat kebaikan.
Apabila kita menguruskan hal-hal pekerja dan staf dengan bijak, ia juga memberikan kebaikan kepada staf, syarikat dan diri sendiri.

.

Secara peribadi, saya melihat bahawa apa juga hal-hal yang membawakan kebaikan, akhirnya akan menjadi satu ikhtiar kebajikan.

Apabila staf, pembekal dan pelanggan dalam rantaian bisnes mendapat bahagian masing-masing atas usaha dan dengan kejujurannya, maka kebaikan jugalah yang kita mahu dapat daripadanya.

.

Lalu, kita ini yang sedang memikirkan, sedang menjalankan dan sudah keluar daripada bisnes…apakah bermakna kita sudah tidak melakukan perkara kebajikan?

.

Noraminah Omar

4.30 petang

Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.