CATATAN KEMBARA 2 : Pilih mantra yang betul.
.
Masih ramai yang menyebut, “Jika dia boleh, sudah tentu kita pun boleh!”
Hakikatnya, hidup ini tidaklah semudah itu.
Ya, dia boleh kaya. Saya juga boleh. Dengan lain cara.
Ya, dia boleh masuk universiti. Saya juga boleh pandai. Dengan lain cara.
Ya, dia hidup senang. Saya juga boleh. Caranya tidak sama.
Apabila kita memomokkan otak kita sendiri dengan mantra yang salah, kita sudah berlaku kejam kepada diri sendiri.
Ambil contoh mudah. Seorang perempuan yang ditakdirkan berkahwain dengan suami kaya dan mempunyai hanya seorang anak, sudah tentu menempa kejayaan yang berbeza dengan seorang perempuan yang berkahwin sebelum tamat belajar dan sudah mempunyai 2 orang anak.
Kedua-dua perempuan ini boleh berjaya. Sudah tentu. Namun, cara dan jalannya tidak sama. Maka, apabila kita mahu menjadi macam dia, dan mendengar serta mahu ikut cara dia, sudah tentu kita akan tertekan jadinya!
Ambil contoh seorang lelaki yang diberi ayahnya wang sejumlah RM50K semenjak kali pertama masuk universiti dan dapat menggandakan wangnya. Tamat sahaja belajar, beliau sudah ad amodal besar untuk memulakan bisnes skala besar.
Manakala, seorang lelaki lagi, hanya mempunyai RM500 sebulan wang elaun sara hidup belajar di Universiti termasuk untuk membayar sewa bilik. Sudah tentu kedua-dua lelaki ini boleh berjaya. Tetapi tidak dengan cara yang sama!
Maka, pilihlah mantara yang betul. Dengar cerita dan ambil inspirasi. Kutip intipati. Hakikatnya, kita tidak boleh lakukan 100% macam apa yang orang lain lakukan.
1. Catatkan apa yang mahu kita capai.
2. Asingkan antara ‘rancangana hidup’ dan ‘rancangan bisnes’.
3. Letakkan tempoh yang mahu dicapai untuk setiap satu rancangan.
4. Susunkan strategi.
5. Ambil tindakan.
6. Teruskan usaha.
7. Ubah strategi apabila perlu. Tambah atau kurangkan rancangan jika perlu.
8. Tawakkal.
.
Noraminah Omar
5.45 pagi
Kajang.