Tunggulah sampai 30 bulan…

CATATAN KEMBARA 3 : Tempoh 30 bulan pertama.

Apabila kita memulakan bisnes, memang kita akan menghadapi macam-macam cabaran. Malah, adakalanya cabaran itu datang dalam bentuk yang tidak disangka. Antara cabaran paling besar ialah apabila kita sendiri perlu mengawal dan menjaga emosi sendiri.

Ramai juga yang memulakan bisnes, terperangkap dengan langkah dan cabaran yang datang daripada pelan yang kita sendiri sediakan.

Adalah menjadi kebiasaan untuk kita menjadi ‘kerbau’ dalam bisnes kita sendiri. Biasanya, ini akan mengambil masa antara 18 hingga 30 bulan. Pada masa ini, kita perlu memantapkan SOP yang ada. Pada masa ini juga , kita perlu membina tim dan menguruskan perkara operasi supaya berjalan dengan betul.

Jarang sekali dan sukar sekiranya, pendiri bisnes mahu meninggalkan bisnesnya itu dalam tempoh ini. Ini perkara biasa.

Pernah satu ketika, seorang pengusaha bisnes yang baru sahaja memasuki bidang tersebut, mahu cepat-cepat keluar daripada pengurusan bisnesnya. Maka, dia membuat keputusan untuk menjalankan bisnes lain, supaya dia dapat menjana pendapatan yang lain.

Akibatnya, beliau sendiri makin tertekan. Sudahlah bisnes sedia ada tidak menjana pendapatan yang cukup, bisnes barunya pula tidak dapat membayar gajinya.

Dalam situasi begini, sebaiknya, biarlah kita sebagai pendiri bisnes, betul-betul memasakkan bisnes pertama dengan kuat. Sistem dan SOP pengurusan operasi, pemasaran dan pengurusan kewangan, mestilah sudah ada nampak hasilnya. Boleh berjalan dengan baik tanpa kehadiran kita.

Adakalanya, kita perlu menyusun strategi sendiri, dan membuang ego kita. Biarlah kita menjadi ‘kerbau’ dalam syarikat kita. Bukan selamanya, maksima 30 bulan sahaja.

Ubahlah pelan dan rancangan sekiranya perlu.
Tidaklah bernama manusia, kiranya kita tidak melakukan kesilapan.
Bukanlah manusia, kiranya kita tetap tidak mahu belajar dari sejarah silam.

 

Tidak mengapa. Bermula dengan sukar, tidak glamour dan tidak terkenal.
Objektif bisnes, kita dahulukan.
Sifat kemanusiaan, kita kekalkan.

.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.