Catatan JALANAN : BELAJAR DAN BUAT (1)
.
APABILA kita mula menyediakan road map syarikat, kita akan mula berfikir.
Apakah pencapaian dan objektif bisnes yang mahu dicapai?
Bila masanya mahu dicapai?
Apa caranya? Bagaimana? Strateginya?
.
Semua ini soalan biasa. Bagi bisnes yang sudah ada banyak dan lambakan dalam pasaran, keperluan menjadikan bisnes kita menyerlah menjadi kritikal.
Apakah cara mengembangkan bisnes? Ini juga soalan yang akan muncul.
Apakah menambah bilangan pelanggan sahaja sudah memadai?
Apa caranya? Tambah premiskah? Buka medium jualan barukah?
Ramai menyangka apabila kita punya jumlah premis bisnes yang banyak akan menjadikan pendapatan juga meningkat.
Sebenarnya, penambahan bilangan premis hanya dibuat untuk menambah bilangan pelanggan. Sekiranya bilangan pelanggan boleh ditambah tanpa perlu ada tambahan premis bisnes, maka pengusaha bisnes akan lebih gembira.
Maklumlah. Kos premis itu tinggi!
.
Manakala bagi yang sudah ada jumlah pelanggan yang sedia ada, mula memikirkan cara yang baik untuk menjadikan pelanggan sedia ada menambah belian. Ini yang menjadikan kepentingan USP bisnes itu dirujuk semula.
Apakah tawaran-tawaran nilai baru yang boleh diberikan dengan kos minima?
Apakah jenis nilai yang signifikan kepada pelanggan, tetapi mudah dan kosnya rendah bagi kita sebagai pembekal dan penyedia servis itu.
Adakalanya, menambah cawangan bisnes ini BUKANlah satu keperluan bisnes.
Ia hanyalah untuk memenuhi ‘kehendak’ dan impian pengusaha.
.
Ya, memang ada pengusaha bisnes yang mahu mempunyai banyak cawangan dan premis bisnes tanpa bersedia untuk menghadapi kesan daripada tindakan itu.
.