Siri B & B (3) : UNTUNG ‘LUMP SUM’

Catatan JALANAN : BELAJAR DAN BUAT [3]

Screen Shot 2016-08-20 at 8.18.04 PM

Apabila menjalankan bisnes, kita akan melalui banyak fasa. Salah satunya ialah fasa berkembang. Dalam fasa ini akan ada banyak laluan yang perlu banyak perubahan bagi syarikat kecil yang sudah dimulakan.

Pengembangan ini banyak berlaku apabila adanya pertumbuhan yang ditunjukkan oleh syarikat. Melalui pengurusan yang batul, adakalanya perubahan dan penambahan kecil akan memberikan kesan dan impak yang signifikan.

Ini membolehkan syarikat menunjukkan potensi berkembang berdasarkan laporan-laporan. Laporan yang penting ialah laporan kewangan syarikat.

Selain daripada itu, nama baik bisnes yang dibangunkan juga akan mula mendapat tempat di hati pelanggan. Pada masa bisnes berkembang juga, nama syarikat dan jenama akan menjadi sebahagian daripada bahan bualan.

Ini membina apa yang kita panggil sebagai ‘nama baik’. Nama baik juga boleh menjadikan bisnes dan syarikat menjadi antara yang menunjukkan potensi berkembang yang baik.

Perkembangn inilah yang menjadikan daya penarik kepad apihak tertentu, terutamanya pelabur. Para pelabur biasanya melihat peluang untuk membeli bisnes dan syarikat yang memang sudah berjalan dan menjana keuntungan.

Bagi pemilik bisnes, mereka perlu membuat pilihan. Sama ada menerima tawaran untuk membeli bisnes mereka yang sudah menjana keuntungan ATAU terus menjana keuntungan daripada bisnes yang sedia ada.

Apabila bisnes dijual dengan sekaligus atau lump sum, keuntungannya adalah sekaligus juga dan dikira sebagai pendapatan ‘advance’.
Apabila bisnes diteruskan, ia akan terus menjana keuntungan bagi syarikat untuk jangka masa dan tempoh tertentu selagi ianya diusahakan.

Keputusan sama ada membangunkan bisnes yang untung, kemudian dijual ATAU meneruskan bisnes itu adalah satu keputusan bisnes.

.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.