Catatan JALANAN : BELAJAR DAN BUAT (4)
Menjadi orang muda dalam sebuah syarikat bisnes yang menunjukkan perkembangan ada peluang dan cabarannya.
Sepanjang saya melalui proses ‘belajar dan buat’, beberapa persinggahan hidup memberikan saya tapak untuk membina sesuatu. Antara yang ada ialah mengalami, mendengar dan melihat sendiri perkara yang serupa berlaku kepada anak muda.
Syarikat yang menunjukkan potensi berkembang, seri mencari jalan untuk meneruskan pengembangannya. Pada masa ini, sama ada pemegang saham, ALP dan ketua syarikat, masing-masing memainkan peranan bagi mencapai objektif peribadi dan objektif syarikat.
Ada pemegang saham yang mula mengambil tindakan menjual sahamnya. Itu biasa.
Ada ALP yang mula meminta tambahan elaun atas prestasi syarikat yang meningkat. Itu biasa.
Ada Ketua Syarikat yang mula mencadangkan agar jualan saham syarikat dibuat. Itu juga biasa.
.
Dalam situasi syarikat menunjukkan perkembangan positif, bibit- bibit keuntungan syarikat mula dilihat. Laporan kewangan yang menunjukkan angka-angka memberansangkan boleh saja mengubah keputusan orang dalam syarikat.
Pernah satu ketika, sebuah syarikat menawarkan sahamnya kepada 2 orang staf. Tujuannya ialah supaya staf itu terus kekal dalam syarikat dan terus berusaha membangunkannya. Meskipun mahu diberikan sebagai hadiah, staf itu menolak tawaran majikannya.
Kedua, pernah seorang anak mudah ditawarkan untuk membeli saham syarikat bisnes itu supaya bisnes itu diteruskan oleh syarikat yang sama. Pemegang saham terbesar membuat keputusan untuk menjual bisnes itu.
Ada beberapa perkara yang menyebabkan kita perlu melihat situasi dalam syarikat itu sebelum kita berani mahu mengambil tawaran belian saham atau hadiah sekalipun.
.
1. Apakah sebagai pemegang saham kita akan dan boleh dilantik sebagai ALP?
Ada 2 kesan. Baik, jika kita memang punya kemahiran mengurus syarikat. Buruk, sekiranya kita hanya mahu digunakan sebagai penama membuat pinjaman bank.
2. Apakah syarikat diuruskan dengan amalan lazim terbaik?
Jika, ya, peluang untuk mendapat manfaat daripada pegangan saham dalam syarikata dalah tinggi.
Jika tidak, risiko perlu kita sedia menanggungnya.
Ramai anak muda yang baik dan bagus menerima tawaran dengan terus mengambilnya sebagai ‘peluang keemasan’.
Adakalanya, peluang itu tidak perlu diambil. Peluang lain boleh kita cipta.
Menjadi bijak boleh dicapai dengan berkawan dan bercakap-cakap dengan orang yang banyak pengalaman.
.
Noraminah Omar.
5.45 pagi
Kajang.
.