Siri B & B (5) : Ciptalah peluang sendiri!

Catatan JALANAN : BELAJAR DAN BUAT (5)

Screen Shot 2016-08-28 at 5.51.16 AM

.

Setiap manusia itu, menjalani kehidupan mengikut situasi masing-masing. Cita-cita, cabaran dan masa depan adalah sesuatu yang unik bagi setiap orang. Ciptaan Allah, dijadikan kita ini manusia, berbeza dan unik.

KEKAL itu sifat Allah.

Perubahan inilah yang sering kita lihat banyak melibatkan emosi. Rasa dan perasaan. Menguruskan kehidupan adalah tugas kita. Bisnes, hanyalah sebahagian daripadanya. Ada yang memilih untuk berbisnes dan ada yang tidak.

Apa juga pilihannya, kitalah yang menentukan.

Belajar dan menggunakan aplikasi media sosial dalam kehidupan juga merupakan satu pilihan. Bagi kita yang terlibat dalam bisnes, menggunakan media sosial bagi tujuan belajar dan membangunkan bisnes, merupakan satu inisiatif baik.

FACEBOOK merupakan antara media sosial yang paling popular di Malaysia selain instagram. Bergantung kepada keperluan bisnes, masing-masing memilih.

Pilihan ini pula membawa kita kepada peluang-peluang baru.
Peluang belajar daripada orang lain lebih luas.
Peluang berkongsi dengan orang lain juga bertambah.
Peluang mendapat maklumat juga meningkat.
Peluang berkenalan dan menjalankan sesi networking lebih terbuka.
.
Ini hanya sebahagian daripada kesan pilihan menggunakan FB sebagai cara membina dan membangunkan bisnes. Semua ini juga bergantung kepada jenis bidang dan model bisnes yang kita ada.

Sebenarnya, peluang ini juga tidak kekal. Ada banyak juga keburukan dan kelemahannya. Meskipun begitu, lebih banyak peluang dan ruang yang baik dapat dimanfaat berbanding dengan keburukannya.

Caranya, belajarlah mengurus emosi dan mengaplikasikan kemahiran menguruskan diri di media sosial.
.
a. Rajin klik LIKE kepada posting positif, berinspirasi dan maklumat berguna
b. Berikan sokongan kepada rakan FB yang menulis posting dengan komen yang baik. Emoticon juga mencukupi.
c. Mana-mana posting rakan yang muncul dan memberikan manfaat, kita SHARE.

d. Jalinkan hubungan dengan bertemu secara fizikal mengikut kesesuaian. Ia tidak semestinya bertujuan bisnes semata-mata, malah boleh menyambungkan silaturrahim apabila dilakukan dengan betul.
.

Noraminah Omar
6 pagi

Kajang.
.

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.