Catatan JALANAN : BELAJAR DAN BUAT (6)
.
Apabila kita bercakap, memanglah nampak mudah. Bercakap juga lebih mudah daripada menulis. Melainkan, jika percakapan kita itu dalam bentuk ucapan dan syarahan, ia akan menjadi sedikit sukar.
Dalam urusan bisnes, tidak ada perkara mudah. Macam hidup juga. Memang ramai yang berkata hidup ini seronok. Ramai juga yang tahu bahawa sebelum seronok itu, ada kesusahannya.
Bagi banyak perkara dalam urusan bisnes, ‘rajin’ itu menjadi kuncinya. Bahkan, hidup ini hanya untuk orang-orang yang rajin.
Apabila kita berdepan dengan pelbagai karenah dalam mengusahakan perkara yang kita lakukan, ‘rajin’ itu menjadikan kita kental (persevere) dalam apa yang kita lakukan.
Ada banyak perkara yang kita lihat remeh, mesti kita lalui. Ini termasuklah, ditolak oleh banyak pihak, terpaksa berulang-alik ke lokasi yang sama beberapa kali, terpaksa mengubah kertas kerja dan surat-menyurat serta banyak lagi.
Perkara macam ini adalah biasa. Sebagai orang bisnes yang mahu menjalakan bisnesnya dengan mematuhi peraturan, kita perlu bertabah dalam semua urusan.
Inilah kerajinan yang diperlukan.
Meskipun aktiviti itu bukanlah aktiviti yang mendatangkan pendapatan, dalam jangka masa panjang, perkara beginilah yang membantu bisnes untuk terus diuruskan dengan baik.
Mendapatkan lesen serta kelulusan ejensi pematuhan yang berkaitan dalam bisnes ini memberikan pengalaman yang baik kepada orang bisnes.
Lain pejabat, lain caranya. Lain daerah, lain gayanya. Lain bahagian, lain tatacaranya.
Kita ikut dan buat sahaja..
[1] Apabila didenda , dia cuba minta pengecualian dan bincang. Kemudian, bayar sahaja.
[2] Apabila dimarahi pegawai atau ejensi kerajaan, dia diam sahaja.
[3] Apabila ada keperluan minta bantuan, dia minta betul-betul.Dia tunjukkan usaha.
[4] Apabila perlu isi borang 30 mukasurat pun, dia isi.
[5] Apabila perlu submit borang 10 kali pun, dia buat juga.
[6] Apabila masuk perbincangan dan bertanya, tidak pernah tunjuk pandai.
[7] Apabila diminta pandangan, baru dia bercakap.
[8] Apabila ditutup satu jalan, dia cari jalan lain.
[9] Apabila diminta bayar untuk ambil borang, dia bayar sahaja.
[10] Apabila ada situasi, dia banyak diam.
.
Selagi mana ianya tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan, serik dan penat sekalipun, kita masih perlu buat. Kuncinya, kita mesti ‘rajin’.
.
Noraminah Omar
6.10 pagi
Kajang.
.