Kita sering mendengar orang berkata, “Contohilah Si Polan itu. Berjaya dan gembira. Tiru apa yang dia buat.”
Adakalanya, kita juga mendengar banyak cerita dan pengalaman orang lain dalam usaha mencapai kejayaan yang mereka capai sekarang. Ada perkongsian yang memberikan kita inspirasi dan ada yang memberi maklumat baru.
Banyak juga perkara yang dikongsikan dapat dijadikan panduan.
Dalam usaha kita mahu mencontohi orang lain kita mahu mencipta kejayaan sendiri.
Kita juga sudah tentu, perlu mencipta kisah kejayaan kita sendiri.
Apabila mendengar penerangan dan perkongsian pengalaman daripada orang lain, berikut boleh dilakukan.
1. Bertanyalah terus kepada individu yang berkongsi pengalaman tentang apa yang beliau lakukan.
2. Dapatkan juga maklumat tambahan yang menyokong atau mendorong beliau mencapai usahanya itu.
3. Asingkan antara perkara berbentuk teknikal dan juga ‘unfair advantage’. Ini termasuklah latar belakangnya, situasi pada masa kejayaan beliau capai dan faktor-faktor yang di luar kawalan kita.
Contoh ‘unfair advantage’ termasuklah mempunyai ayah yang kaya dan memberi modal kepada bisnes.
4. Cari bahagian yang boleh dipraktikkan dalam apa yang kita sedang lakukan.
Meskipun kita tidak akan mencapai tahap yang sama seperti mereka yang berjaya, kita mempunyai kekuatan sendiri untuk mencipta kejayaan baru. Saiz dan tempoh kejayaan untuk kita capai, adalah pilihan kita sendiri. Tiada satu kejayaan yang sama buat semua orang, melainkan untuk kejayaan dalam sukan yang dimainkan dalam trek dan peraturan yang sama.
Menjalani hidup, menguruskan keluarga dan diri, membuat keputusan bisnes….semua ini adalah peluang untuk kita menulis kisah kejayaan kita sendiri.
Teks: Noraminah Omar
5.30 pagi
Kajang.