Kandungan posting ini ialah siri kumpulan #jawapansoalanpilihan yang disiarkan di FB Puan Noraminah Omar
==========
Puan,
Apa pandangan puan jika ada partner berpartner dengan orang lain untuk beberapa bisness yang berbeza selain dari bisness bersama kami?
Adakah boleh berlaku pertindihan tugas atau hilang fokus terhadap bisness bersama kami nanti?
Atau better fokus 1 bisness sahaja dulu?
.
===========
.
Apabila menjadi partner, semak statusnya.
.
- Menjadi pemegang saham
- Menjadi pemegang saham dan ahli lembaga pengarah (ALP)
- Menjadi pemegang saham dan ALP dan bekerja
- Menjadi pemegang saham dan bekerja
.
Sekiranya, partner hanya menjadi pemegang saham dalam syarikat A dan berpartner dalam syarikat C juga, biasanya tiada isu.
Memegang saham sahaja bermakna, membawa modal tunai masuk.
.
Dalam pengurusan syarikat kecil, adalah biasa untuk kita berstatus 3. Kita pegang saham, kita ALP dan kita bekerja. Untuk ini, kita merupakan partner yang ‘banyak akses kepada info’ dalam syarikat itu.
.
Maka, adalah menjadi satu situasi ‘conflict of interest’ sekiranya kita ada status yang sama dalam syarikat lain. Lebih parah, jika syarikat itu menjalankan bisnes yang sama.
.
Maka, jika status kita masih 3, ia perlu difikirkan semula.
.
Sekiranya , status 1, kita tidak terlibat dalam hal operasi. Boleh sahaja kita ada dalam banyak syarikat pada masa yang sama.
.
Status 2 dan 4 juga mempunyai implikasi ‘conflict of interest’, terutama apabila ianya melibatkan syarikat yang berada dalam industri yang sama.
.
Kita sebagai individu yang berbisnes, perlu memilih untuk menguruskan risiko bisnes yang datang dari diri kita.
.
Menjadi ALP dalam syarikat, ada risikonya
Menjadi ALP yang bekerja, ada tanggungjawab yang lebih besar.
Bagi situasi ALP, ia adalah lebih kritikal apabila ia melibatkan proses membuat keputusan besar untuk syarikat. ALP juga mempunyai akses yang lebih banyak kepada maklumat syarikat.
Dalam surat lantikan ALP ada dinyatakan secara khusus supaya mereka ‘declare’ semua pembabitan tugas lain yang ada kaitan dengan tugas yang ditawarkan.
.
Apabila ianya, melibatkan industri berbeza, soal komitmen dan keupayaan individu itu menjadi lebih utama. Tiada isu ‘conflict of interest’, tetapi situasi komitmen dan hasil kerja.
.
Maka, ia banyak bergantung kepada individu dan keputusan ALP syarikat untuk menentukan dan bersetuju dengan lantikan kerja setiap partner.