SYARIKAT INDUK DAN ANAK SYARIKAT

Kandungan posting ini ialah siri kumpulan #jawapansoalanpilihan yang disiarkan di FB Puan Noraminah Omar

==========

 

Salam puan,

Saya ada persoalan.

Untuk anak syarikat jika syarikat induk pegang majoriti saham, bolehkah dilantik pemegang minoriti sebagai CEO atau pengurus untuk urus anak syarikat?

==========

.

Setiap syarikat MESTI berdaftar di SSM. Sama ada ia sebuah syarikat induk atau hanya anak syarikat kecil. Setiap syarikat adalah entiti yang unik. Setiap syarikat diberikan kuasa dengan mandat dalam Memorandum of Association (M&A) dan juga semua yang termaktub dalam akta syarikat.

.

Lantikan CEO boleh dilantik oleh pemegang saham. Pemegang saham majoriti memang mempunyai kuasa melantik CEO. Itu pun, sekiranya mereka mahu menggunakan kuasa itu.

.

Apabila kuasa sebagai pemegang saham majoriti digunakan dengan betul, maka lantikan CEO juga dibuat dengan tujuan kebaikan untuk syarikat.

Sebagai founder syarikat, kita perlu tahu tujuan kita memberikan pegangan saham majoriti kepada syarikat induk itu. Jika tidak, ia jadi sukar.

.

Kedua, lantikan CEO tidak bergantung kepada individu yang mempunyai pegangan saham. Lantikan CEO yang tiada pegangan saham dalam syarikat ialah perkara biasa.

Keputusan lantikan mana-mana CEO bahkan Chairman, adalah untuk kebaikan syarikat.

.

Apabila kita mahu menjadi sebuah syarikat yang bernaung dibawah syarikat induk, lihat budaya serta tujuan pegangan saham majoriti itu. Biasanya, pemegang saham profesional tidak masuk campur hal operasi, melainkan itu polisi mereka.

.

Maka, ia banyak bergantung kepada tujuan syarikat induk memegang saham majoriti dan anak syarikat yang setuju menjadi anak syarikat.

.

Izinkan saya berkongsi pengalaman di ABS.

Bagi amalan di ABS, tujuan menjadi syarikat induk ialah untuk berkongsi peluang dan sumber. Budaya ABS ialah kaya dengan mengkayakan.

Maka, lantikan CEO adalah atas persetujuan rakan kongsi. Apabila ada situasi dan keperluan sahaja, barulah ABS menggunakan kuasanya untuk membuat lantikan CEO.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.