Saya menerima beberapa pertanyaan khusus tentang bagaimana untuk bersedia bagi memulakan bisnes pendidikan kanak-kanak.
Setiap pertanyaan, ada yang datang daripada mereka yang mempunyai kelulusan (pakar dalam bidang) dan ada yang mempunyai kelulusan pengurusan perniagaan.
Namun, 99% pertanyaan datang daripada mereka yang BELUM PERNAH mempunyai pengalaman secara langsung sebagai mereka yang berkelulusan dalam bidang dan pengurusan bisnes.
Rata-rata adalah pelajar yang bakal tamat pengajian atau mereka yang sedang berada dalam industri yang lain
Secara amnya, ada 2 bahagian penting dalam menjalankan bisnes pendidikan kanak-kanak.
- Pengetahuan asas pendidikan kanak-kanak
- Kelulusan kemahiran minima ialah pada peringkat sijil pendidikan kanak-kanak. Keperluan tim guru yang mempunyai kelulusan dan pengalaman akan membantu mengukuhkan kualiti perkhidmatan.
- Pengalaman (hands-on) adalah antara yang penting untuk bermula. Biasanya, pengalaman minima selama 12 bulan sudah memadai sebagai permulaan. Perlulah ada sesi pembelajaran berterusan dari segi teori dan praktikalnya.
- Faham dan fasih akan tatacara pengendalian program dan komponen pembangunan anak-anak.
- Pengurusan bisnes
Bahagian ini pula terbahagi kepada 2 bahagian; memulakan dan menguruskan.
- Memulakan Bisnes
- Kemahiran asas memulakan bisnes
- Menyediakan rancangan perniagaan
- ‘Market study’
- Menyediakan unjuran kewangan
- Kemahiran asas memulakan bisnes
- Menguruskan Bisnes
- Operasi
- Pengurusan syarikat pengurusan bisnes pendidikan
- Pengurusan am syarikat
- Perlesenan
- Aktiviti pembelajaran
- Konten pendidikan
- Aktiviti wajib tahunan
- Aktiviti berterusan
- Ruang aktiviti
- Aktiviti pemasaran
- Dalam premis
- Komuniti setempat
- Keperluan semasa : online
- Pengurusan pelanggan
- Fasiliti
- Komunikasi
- Kewangan
- Asas pengurusan kewangan
- Rekod harian
- Penyusunan rekod pendapatan dan perbelanjaan
- Pengurusan Sumber manusia
- Pengambilan dan pemberhentian
- Pembangunan dan perkembangan professional
- Asas perundangan pengurusan
- Asas pengurusan kewangan
- Pengurusan syarikat pengurusan bisnes pendidikan
- Operasi
Maka, apabila ditanya :
Apakah yang perlu saya lakukan untuk persediaan membuka bisnes pendidikan kanak-kanak?
Berikut ialah sedikit panduan asas:
a) Rancangkan bagaimana perkara 1 dan perkara 2 yang diatas dapat diadakan.
- Mempelajari kedua-dua bahagian perkara 1 dan 2; ATAU
- Mencari rakan kongsi yang dapat melengkapkan keperluan 1 dan 2.
Antara yang boleh dilakukan:
- Bercakap-cakap dengan mereka yang sudah dan sedang menjalankan bisnes itu.
- Menghadiri program yang boleh membantu pembinaan ‘network’ seperti kongres, konvesyen, kelas latihan dan seumpamanya.
- Membaca dan mengumpulkan maklumat yang berkaitan melalui bahan bacaan atau sumber khusus seperti Jabatan Pendidikan.
b) Bermula dengan ‘berkuli’; bekerja terlebih dahulu dengan mana-mana
institusi atau syarikat bisnes yang mahu kita ceburi.
c) Rancangkan bagaimana modal dapat dikumpulkan / dijana dalam tempoh
tertentu sebelum bermula.