SOP DAN KESEMPURNAAN

Kandungan posting ini ialah siri kumpulan #jawapansoalanpilihan yang disiarkan di FB Puan Noraminah Omar

==========

Puan,

Bagaimana saya ingin mengetahui sop yang saya bakal bina menepati ciri-ciri sop yang sempurna?

.

==========

SOP itu merupakan satu alat untuk kita guna bagi memastikan perkara rutin dan berulang dapat dilakukan dengan baik. Maknanya, ia boleh dilakukan oleh ramai orang dalam tempoh yang ditetapkan dengan hasil yang dimahukan.

.

Ia membolehkan satu tugas dijalankan oleh hampir semua orang. Ia menjadikan satu tugas itu TIDAK melekat pada mana-mana individu tertentu sahaja.

.

SOP memberitahu siapa, di mana, bagaimana dan bila rutin itu dilakukan. Ia mempunyai maklumat, polisi, proses dan prosedur mengikut keperluan setiap rutin.

.

SOP dipersembahkan dalam bentuk yang mudah faham. Ia termasuklah dengan cara penyenaraian, langkah demi langkah, senarai semak, Carta alir (pelbagai bentuk) dan dokumen rujukan.

.

Lain jenis bisnes, lain jenis dan tahap ‘cognitive’ pekerja. SOP mesti disediakan untuk kegunaan staf dalam sesebuah syarikat. Ia dapat memberi manfaat kepada staf dan syarikat dengan penggunaan yang betul.

.

SOP yang baik ialah SOP yang dapat memudahkan staf menjalankan kerjanya, membuat keputusan dalam bidang kerjanya dan menghasilkan output yang dijangka.

.

SOP ini bersifat hidup. Ia berubah dan diperbaiki mengikut keadaan bisnes semasa. Selagi bisnes itu berinovasi, selagi SOP itu digunakan, selagi itulah ianya berubah.

.

SOP ini kepunyaan staf atau unit yang menggunakannya. Ia sempurna apabila ia boleh digunakan dan memberi manfaat kepada keseluruhan sistem pengurusan dalam syarikat.

.

Ia berubah dan tidak kekal.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.