Kandungan posting ini ialah siri kumpulan #jawapansoalanpilihan yang disiarkan di FB Puan Noraminah Omar
==========
Puan,
Saya baru sahaja ingin tubuhkan PLT… di mana sekarang ini masih di peringkat perbincangan dan insyallah bakal didaftarkan tidak lama lagi…. persoalannya ialah dari segi pegangan saham dalam syarikat.
Bagaimana untuk permulaan kita boleh pecahkan pegangan saham kepada setiap partner… dalam lain kata cara untuk tentukan pegangan saham?
.
===========
Membuka syarikat PLT boleh dilakukan sendiri atau melalui lantikan Setiausaha syarikat sebagai pegawai pematuhan.
Nasihat rasmi boleh diperolehi daripada Setiausaha syarikat.
.
Secara praktikalnya, pendiri bisnes akan membuka nilai pegangan saham yang kecil dahulu kepada pemegang saham lain (partner).
.
Katakanlah Tuan memulakan bisnes itu. Tuan membuka syarikat bagi menguruskan bisnes itu. Mula-mula buka 20% sahaja kepada partner pertama yang memegang saham. Kemudian, tawarkan lagi pegangan saham kepada partner lain.
Tawaran dan pembahagian pegangan saham pada peringkat awal tidak boleh terlalu sedikit atau terlalu banyak. Apabila terlalu sedikit, partner itu akan berkira-berkira. Apabila terlalu banyak , sukar pula untuk kita bawa masuk pemegang saham baru.
.
Tuan sebagai founder utama, dinasihatkan memegang saham terbesar. Jadi, Tuan boleh jualkan saham Tuan apabila mahu bawa masuk partner baru.
Partner ialah pemegang saham. Mereka membawa modal masuk. Ia boleh jadi individu atau syarikat lain atau ejensi.
Bagi memulakan bisnes dengan apa yang ada, lebih mudah dilakukan dengan modal yang dibawa masuk oleh pemegang saham (partner).
.
Bagi syarikat PLT mesti ada Perjanjian Kerjasama antara semua pekongsi (pemegang saham).