Kandungan posting ini ialah siri kumpulan #jawapansoalanpilihan yang disiarkan di FB Puan Noraminah Omar
==========
Puan.
Saya dan 2 rakan kongsi ingin menubuhkan satu syarikat perkhidmatan pelancongan.
Saya akan pulang dan bekerja di Malaysia manakala 2 rakan kongsi pula masih belajar di Jepun.
Bagaimana kami mahu mendaftar syarikat?
Apakah boleh kami mendaftar syarikat PLT tanpa modal besar?
Terima kasih.
==========
Syarikat PLT ada banyak kelebihan. Selain daripada kos pengurusan yang lebih rendah, fleksibiliti dalam menguruskannya juga adalah satu kelebihan.
Ini termasuklah cara kita menentukan nilai syarikat PLT semasa pembukaannya, terma antara rakan kongsi (pekongsi) dan juga persetujuan pegangan saham dan pembahagian keuntungannya.
.
Modal bagi sebuah syarikat PLT boleh dibawa masuk mengikut persetujuan dalam perjanjian kerjasama. Secara relatif, modal membuka syarikat PLT lebih rendah daripada SDN BHD.
.
Di Malaysia, pendaftaran PLT boleh dibuat sendiri atau melalui Setiausaha syarikat. Sekiranya pendaftaran pekongsi dibuat, maklumat yang diperlukan boleh diisikan semasa memohon.
Namun ada 2 perkara lagi.
- Perjanjian Kerjasama
- Pembukaannya akaun syarikat.
.
Perjanjian Kerjasama masih boleh diuruskan meskipun rakan kongsi berjauhan. Pembukaan akaun pula memerlukan semua rakan kongsi hadir untuk pengesahan di bank.
.
Ada cara yang membolehkan akaun bank dibuka tanpa kehadiran rakan kongsi yang lain asalkan dengan persetujuan nama mereka yang tiada di Malaysia (ada di jepun) tidak dimasukkan ke dalam rekod sijil SSM.
.
Selain itu, bagi bisnes khidmat begini, penting untuk Tuan sebagai pendiri syarikat menyediakan BMC bisnes dahulu. Kemudian, lihat pilihan dan kesesuaian memasukkan rakan di Jepun itu sebagai rakan kongsi.
Apakah mereka lebih sesuai jadi ‘key-partner’ sahaja dan dimasukkan sebagai pekongsi pada masa hadapan?