MAKLUMAT & APLIKASI YANG BETUL

Tuan dan Puan…

Saya ada menulis khusus dengan tajuk Persediaan Memulakan Bisnes Tadika untuk Orang Baru.

Selepas daripada artikel itu saya keluarkan, ada banyak juga maklumbalas yang diterima.
Rakan pembaca sekalian…

Setiap individu yang membuka tadika mempunyai latar belakang yang berbeza. Masing-masing punya cerita dan kisah pengalaman yang berbeza. Majoriti, 99% adalah wanita. Mereka banyak berkongsi pengalaman yang ada.

Antara faktor yang menjadi ‘unfair advantage’ kepada ramai pengusaha bisnes tadika wanita ialah status keluarga dan latar belakang suami masing-masing. Berikut adlaah apa yang biasa berlaku.

Pengusaha bisnes tadika wanita mempunyai:
1. Suami yang menyokong dari segi kewangan. Bermakna, semua urusan rumah tangga dapat diselesaikan meskipun tadika tidak buat duit. Malah, gaji pengusaha tadika dibayar pula oleh suami mereka.

2. Suami yang memberikan modal kepada isteri untuk memulakan bisnes tadika. Bermakna, bukan sahaja urusan rumah tangga selesai, malah urusan kewangan bisnes juga selesa.

3. Pengusaha tadika yang tidak mempunyai banyak komitmen dengan anak-anak kecil. Ada pengusaha yang punya ramai anak kecil dan ada pengusaha yang punya anak sudah dewasa. Antara dua ini, ada banyak advantage yang berbeza antara satu dengan yang lain.

Apabila kita mencari dan mendengar maklumat mengenai bisnes tadika, ambilah daripad asumber yang betul. Lapangan industri ini agak sesak juga.

Dapatkan maklumat dengan menyemak:

1. Latar belakang pengusaha. Sama ada sepenuhnya latar belakang pendidikan, bisnes atau seimbang kedua-duanya.

2. Situasi yang unik setiap pengusaha. Sama ada kita juga ada situasi keluarga dan kewangan yang berbeza atau sebaliknya.

 

Rakan pembaca sekalian…

Maklumat yang masuk, kita tapis dan asingkan. Kita sendiri harus tahu dan menilai yang baik untuk diri kita.

Insyaallah, yang baik-baik untuk mereka yang berusaha.

 

Salam perjuangan,

Noraminah Omar

12.10.2016

5.25 pagi.

Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.