Kandungan posting ini ialah siri kumpulan #jawapansoalanpilihan yang disiarkan di FB Puan Noraminah Omar
==========
Puan, saya masih kurang jelas mengenai pemegang saham, ahli lembaga pengarah dan CEO syarikat. Apakah boleh orang yang sama?
===============
.
Secara mudahnya, pemegang saham ialah mereka yang memegang saham dalam syarikat.
.
Untuk syarikat SDN BHD, nama-nama pemegang saham ialah dalam FORM 24.
Untuk syarikat PLT, nama-nama pemegang saham ada dalam maklumat korporat sijil SSM.
.
Ahli Lembaga Pengarah pula, ialah individu yang dilantik oleh dalam mesyuarat pemegang saham. Biasanya, syarikat kecil akan ada 2-5 ahli lembaga pengarah. Idealnya, 2 atau 3 sahaja pada peringkat awal.
Syarikat kecil sering melantik ALP dikalangan pemegang saham sedia ada sahaja. Syarikat besar dan established, biasanya ada juga melantik ALP yang BUKAN pemegang saham dalam syarikat itu.
Bagi syarikat SDN BHD, nama-nama pengarah ada dalam FORM 49.
Bagi kedua-dua syarikat SDN BHD dan PLT, ada surat lantikan yang dikeluarkan atas lantikan ALP. Lantikan biasanya untuk tempoh minima 2 tahun.
.
CEO, COO, CFO dan apa-apa jawatan penting yang ada dalam syarikat adalah dengan lantikan. Ini masuk kategori eksekutif bekerja.
Secara amnya, bagi syarikat kecil, CEO dilantik sebagai ketua dalam kumpulan ALP. Dalam situasi macam inilah adanya CEO yang juga ALP dan pemegang saham.