Kandungan posting ini ialah siri kumpulan #jawapansoalanpilihan yang disiarkan di FB Puan Noraminah Omar
==========
Bilakah masa yang sesuai untuk membuka anak syarikat bagi syarikat yang sedia ada sekarang?
===============
. Anak syarikat ialah sebuah syarikat yang saham majoritinya dipegang oleh syarikat induk (holding company). . Sebuah syarikat akan mempunyai roadmap masing-masing. Apabila mahu membuka anak syarikat, ia biasanya sudah ada dalam roadmap itu.
Maka, apakah yang menyebabkan sebuah syarikat membuka anak syarikat?
a]. Apabila syarikat mahu membawa partner baru masuk dalam sebuah aktiviti bisnes baru.
Contohnya seperti syarikat baru yang ditubuhkan untuk aktiviti khas. Syarikat A ialah syarikat sekarang.
Anak syarikat ialah, syarikat B yang menjalankan aktiviti pemasaran, syarikat C yang menjalankan aktiviti latihan, syarikat D syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran.
.
b] Apabila ada 2 aktiviti bisnes lain industri dalam satu syarikat.
Contohnya , sebuah syarikat X ada 5 partner.
2 partner jalankan kedai makan, 2 partner jalankan butik. 1 lagi, pemegang saham sahaja.
Maka, baik dibuka 2 anak syarikat baru di bawah syarikat sedia ada.
Anak syarikat ialah; Syarikat M jalankan kedai makan, syarikat N jalankan butik.
.
c] Apabila sebuah syarikat itu sudah diuruskan dengan amalan lazim yang standard, secara semulajadi rancangan menyebabkan syarikat adalah termasuk mempunyai anak syarikat.
.
Bilakah masa yang sesuai?
Bergantung kepada keputusan pengurusan syarikat itu juga.
.