Dalam syarikat ada 2 bahagian yang memerlukan sistem dan SOP. Pertama, pengurusan syarikat itu sendiri. Kedua, pengurusan operasi bisnes yang mengkhusus kepada industrinya.
1. Pengurusan bisnes bersyarikat
SOP dan sistem untuk bahagian ini akan menentukan bagaimana syarikat bisnes berkembang. Ia membantu syarikat diuruskan dengan baik dan sedia berkembang.
Ini termasuklah pengurusan cawangan, rangkaian, perlesenan atau pengurusan francais.
Apabila sebuah bisnes itu dikembangkan dengan mana-mana model di atas, ada banyak SOP yang perlu disediakan.
Secara asasnya ia melibatkan tatacara, proses dan prosedur untuk:
+ membawa masuk pengusaha
+ mendapatkan pengusaha (database) kemasukan pengusaha
+ mengurus proses kemasukan
+ pengurusan kewangan pembayaran dan kutipan kemasukan
+ pengurusan dokumentasi kemasukan
+ pengurusan latihan (product/service knowledge)
+ pengurusan kualiti
+ aktiviti pemasaran
+ aktiviti melapor
+ komunikasi (memberi makluman dan maklumbalas)
Setiap satu bahagian (+) akan melibatkan 3-5 atau lebih SOP kecil. Semakin kerap aktiviti itu berjalan, semakin pentinglah SOP itu untuk disediakan.
2. Pengurusan operasi bisnes secara mengkhusus
Bahagian ini disediakan mengikut industri dan bidang.
Sekiranya bisnes kita dalam F&B, maka SOPnya adalah tentang SEMUA perkara yang terlibat dalam aktiviti utama kedai makan/restoran kita itu.
Sekiranya bisnes kita dalam pengeluaran (manufacturing), maka SOPnya adalah tentang SEMUA perkara yang terlibat dalam aktiviti utama pengeluaran produk itu.
Sekiranya bisnes kita dalam preuncitan, maka SOPnya adalah tentang SEMUA perkara yang terlibat dalam aktiviti utama kedai runcit kita itu.
Sekiranya bisnes kita dalam servis, maka SOPnya adalah tentang SEMUA perkara yang terlibat dalam aktiviti memberikan khidmat servis kita kepada pelanggan.
Semua ini perlu disusunkan dalam kerangka aktiviti bisnes.
Ambil contoh untuk kedai makan atau restoran. Berikut adalah contoh sebahagian SOP yang diperlukan:
Bahagian dapur
+ memasak
+ membeli bahan
+ menyimpan bahan
+ menyediakan bahan
+ menguruskan bahan buangan
+ kemasan lantai/dapur/ruang masak/table top
+ pengurusan pinggan mangkuk dan perkakasan (jika ada)
Bahagian jualan/pelanggan
+ pengurusan buku menu/pertukaran display
+ mengambil order pelanggan
+ menyambut/menerima pelanggan
+ menghidangkan makanan/minuman
+ mengganti menu yang rosak
Bahagian kaunter
+ memproses order pelanggan
+ menerima pembayaran
+ menutup cash drawer
Bahagian kemasan
+ membersihkan lantai dan meja
+ membersihkan tandas/sink
+ membuang sampah
+ mengelap bahagian bercermin
+ susunan dan kemasan kerusi/meja
Ini sebahagian sahaja. Setiap item (+) itu pula adakakalanya mempunyai pecahan 2- 5 SOP kecil. Ada bahagian tertentu yang melibatkan banyak skrip terutama di bahagian jualan/pelanggan dan order.
Malah, perlu dimasukkan SOP untuk bahagian keselamatan dalam setiap bahagian yang dinyatakan, terutama apabila aktiviti itu melibatkan peralatan khusus seperti dapur. Semakin kritikal aktiviti itu dalam bisnes kita, semakin kritikal jugalah SOPnya.
SOP yang disediakan inilah yang membolehkah khidmat dan servis yang disediakan mencapai satu tahap kepuasan pelanggan yang dapat dikekalkan.
Ia akan menentukan kualiti dan kekuatan USP dan UVP setiap bisnes dalam industri nya.
Inilah yang menjadikan satu jenama outstanding dalam industri nya.
.

Teks:
Noraminah Omar, Kajang
3 thoughts on “SOP: Keperluan Syarikat dan Bisnes”
assalamualaikum
boleh saya tahu bila lagi kelas SOP akan diadakan ?
Waalaikumsalam.
Puan boleh rujuk terus di http://www.innolearn.com.my
ABS Edu Consult PLT yang akan mengendalikan penganjuran kelas.
Waalaikumsalam.
Buat masa ini belum ada tarikh penganjuran Tuan.