IKAT PERUT : Rancangan Syarikat dan Kita

Apabila kita menguruskan sebuah syarikat sebagai CEO, ada 2 situasi. Sama ada kita ada pegangan saham ATAU hanya bekerja dalam syarikat itu. Biasanya, bagi syarikat kecil, CEOnya adalah dari kalangan pemegang saham.

Pengalaman menguruskan syarikat ini, perlu kita bina sebagai salah satu cara kita belajar menguruskan bisnes. Berbisnes, merupakan aktiviti utama yang memang kita sudah biasa. Malah, menjalankan aktiviti bisnes sedia ada itu, menjadi kepakaran kita yang utama.

Walaubagaimanapun, menjalankan bisnes dengan bersyarikat berbeza. Tidak semua orang bisnes (bisnes kecil) ada pengalaman ini.

Pada 22 Oktober 2016 yang lalu, saya berkenalan dengan ramai orang bisnes di Kelantan.

Dalam kelas persyarikatan ini, hampir 40 orang rakan baru, bertukar-tukar dan berkongsi situasi bisnes masing-masing.

 

FASA IKAT PERUT & BERKEMBANG

Dalam menguruskan bisnes, ada syarikat, ada budaya kerja yang diamalkan, ada rancangan yang sudah disusunkan. Ini banyak bergantung kepada founder syarikat dan juga ketua syarikatnya. CEO merupakan nama jawatan yang biasa digunakan untuk merujuk kepada ketua syarikat.

Tempoh 3 tahun pertama berbisnes, memanglah satu tempoh di mana kita biasa ‘ikat perut’. Kita dahulukan staf dan perjalanan syarikat supaya syarikat dapat survive. Namun, apabila syarikat mula msuk tahun ketiga, kita sudah perlu masuk fasa growth. Berkembang.

 

Apabila syarikat memutuskan untuk terus berkembang dalam bisnesnya, ada banyak implikasi yang berlaku. Ini termasuklah:

1. Melakukan pelaburan baru
2. Mencari modal baru
3. Menambah aktiviti bisnes untuk pendapatan baru

Apabila ini berlaku, maka tim dalam syarikat juga perlu bersedia untuk melalui semula pusingan fasa survive dalam usaha membangunkan syarikat. Bisnes sudah ada modelnya. Perjalanannya lebih tersusun.

 

Namun, apabila menjalankan pelaburan dan aktiviti bisnes baru, ada bahagian operasi dalam syarikat yang akan kekal dalam fasa survival meskipun syarikat sudah masuk fasa growth.

 

POLITIK PENGURUSAN SYARIKAT

Menguruskan syarikat dengan pelabur dan pemodal sedia ada dan baru juga merupakan satu perkara mencabar. Apabila kita mahu berkembang, mahu tidak mahu, kita memerlukan modal.

Syarikat yang mempunyai dana yang cukup dan diuruskan dengan baik sahaja yang mampu berkembang.

 

Bagi meguruskan hal-hal ini, peraturan, maklumat dan perkara am tentang pemegang saham, modal dan % pegangan saham, lantikan ALP, pemegang saham yang bekerja dan seumpamanya perlu diuruskan dengan baik.

Menjual hanyalah satu aktiviti dalam syarikat bisnes.

 

Bisnes bersyarikat adakalanya memerlukan kita mengikat perut pada 3 tahun pertama dan masih ikat perut (longgar sedikit) untuk 3 tahun seterusnya. Ini biasa.

Maka, keperluan menjalankan bisnes secara bersyarikat dan menimba pengalaman serta membina kemahiran menguruskannya, merupakan satu proses yang panjang. Kita tentukan bagaimana kita mahu berkembang.

Mahu atau tidak, kita masih perlu melakukannya.

 

Lambat atau cepat, jadi atau tidak, untug atau rugi…semuanya adalah hasil.

Kita percaya, kita akan menuai apa yang kita tanam. Kita dapat apa yang kita usahakan.

 

Salam hormat,

Noraminah Omar
27 Oktober 2016
3.45 pagi
Kajang

 

kelas persyarikatan kelantan
Gambar kenangan sebelum penganjur menghantar saya ke terminal bas Kota Bharu Kelantan untuk pulang semula ke Kajang pada 22 Oktober 2016 jam 8.30 malam.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.