Manusia dijadikan sebagai makhluk yang unik. Setiap cap ibu jari kita berbeza.
Malah, kelabihan dan kekurangan kita juga berbeza antara satu dengan yang lain.Ya, memang ada banyak persamaan yang boleh kita cari. Banyak kekuatan yang kita ada. Begitu juga dengan kelemahan.
Menyusun staf dan tim dalam Pengurusan bisnes, merupakan satu cabaran juga. Malah, sebelum bercakap tentang orang lain, kebolehan diri kita sendiri merupakan antara yang penting untuk kita selusuri.
Adakalanya, kita mendapat maklumbalas terbaik daripada orang sekeliling. Ada pula masanya, ia bukanlah pendapat yang 100% boleh kita ambil.
Mengenali kekuatan diri juga merupakan satu proses. Ada banyak ‘tools’ yang berbentuk analisa dan soalan-soalan yang boleh memberikan kita idea dan maklumat tentang personaliti kita. Mengenali kekuatan diri dalam bisnes juga begitu. Ramai orang dapat melihat dan mengetahui personaliti sebagai individu. Bagaiman pula dengan keupayaan bisnes yang kita ada?
Secara semulajadi, kita semua mempunyai keupayaan berbisnes.
Cuma, kumpulan sama ada kita ini entreprenuer (muhajirin) atau intraprenuer (ansar) itu sahaja yang perlu kita perhalusi.
Apa pun jenis keupayaan bisnes yang kita ada, kita tidak boleh buat semua perkara. Meskipun kita fikir bahawa kita punya kekuatan sebagai entrepreneur dan intrapreneur, hakikat manusia itu ada hadnya mesti kita terima.
Susun sahaja gerak kerja dan pelan rancangan dalam bisnes. Mana-mana bahagian yang perlu dipenuhi kelompongannya, bolehlah ditutup dengan membawa masuk rakan kongsi yang sesuai. Mana-mana bahagian yang masih kurang, gunakanlah sahaja strategi ‘leverage’ dalam ‘circle of business’ yang kita perlu bina.
Teks:
Noraminah Omar,
8.50 malam, Kajang.