Semua orang adalah jurujual
Bisnes servis memerlukan perhubungan dan proses pembangunan pelanggan yang berterusan. Dalam konteks bisnes pendidikan ini, semua orang secara tidak langsung perlu berhubung dengan pelanggan.
Bermakna, semua orang perlu menjual. Meskipun tugas dan tanggungjawab khusus untuk jualan dan pemasaran tidak ditampilkan dengan jelas dalam struktur penyusunan tim pengurusan tadika atau taska, tugas ini kebiasaannya diletakkan kepada Pengurus atau Pengetua sesebuah premis bisnes pendidikan yang berkenaan.
Apabila pelanggan memasuki sahaja premis tadika atau taska, orang pertama yang bertugas adalah jurujual pertama yang ditemui oleh pelanggan.
Meskipun melayan pelanggan ini adalah tugas khusus yang sudah ditentukan, semua yang terlibat perlu mempunyai maklumat yang betul dan lengkap tentang bisnes dan perjalanannya.
Maka, sebahagian pasukan dalam tadika mestilah mempunyai kemahiran khidmat pelanggan yang lebih tinggi berbanding menjual. Guru, mesti mengasah kemahiran ini.
Mereka perlu dibantu agar dapat berkomunikasi dan menyampaikan mesej dengan betul. Mesej yang betul mesti disampaikan dengan cara dan ayat yang betul. Guru memerlukan sedikit sahaja kemahiran menjual. Khidmat pelanggan, lebih utama.
Latih bahagian penerima pelanggan (receptionist) atau mana-mana staf yang perlu memberikan ‘consultative marketing’. Mereka perlu tahu tentang produk dan servis, serta maklumat tambahan berbentuk ‘educational’. Ibu bapa yang datang ke tadika, mahu menapat maklumat yang memerikan mereka manfaat optimum.
Wapaulpun bisnes tadika mempunyai cabarannya yang tersendiri, ia masih menghadapai situasi jualan dan pelanggan yang agak serupa dengan banyak industri lain.
Apabila ada perkhidmatan yang sah ditawarkan, maka bayaran yang setimpal adalah selayaknya. Rasa malu dan berdosa menjalankan transaksi dengan wang bertukar tangan mesti dihakis. “Ilmu tidak harus dinilai hanya dengan sesikat pisang.”