Menguruskan bisnes memerlukan kita berfikir menambah pendapatan dari masa ke semasa.
Pada masa yang sama adalah perlu untuk memastikan kos adalah minima. Menguruskan perbelanjaan dengan kos minima termasuklah dengan mengoptimumkan sumber yang ada.
Ada banyak industri mula menggunakan sistem untuk mengautomasikan bisnes masing-masing.
Industri perbankan adalah antara yang terlibat. Banyak urusan secara talian yang kini sudah menggantikan keperluan pekerja yang banyak. Malah banyak urusan yang sebelum ini dilakukan secara manual, sudah dilakukan secara atas talian.
Di Malaysia, kita boleh lihat pengurusan tol di lebuh raya utama yang hampir 90% adalah secara automatik. Penggunaan ‘touch n go’ dan peranti ‘smartcard’ sudah menggantikan keperluan pekerja di plaza-plaza tol.
Industri peruncitan juga telah membuka banyak platform belian ats talian tanpa perlu pelanggan keluar dari rumah untuk membuat belian.
Semua pembayaran dibuat secara atas talian tanpa memerlukan pelanggan beratur panjang di kaunter-kaunter belian. Pasaraya besar seperti TESCO umpamanya, sudah memberikan kemudahan belian atas talian kepada pelanggan.
Dalam urusan jual beli, banyak dokumentasi yang masih kekal, namun beberapa proses berulang sudah diturunkan. Pembayaran belian kereta dan rumah kini banyak dilakukan melalui potongan akaun sahaja. Tanpa perlu setiap bank mengeluarkan banyak dokumen secara bulanan. Ini juga salah satu cara pengurusan mengoptimumkan masa dan tenaga pekerja mereka dalam satu proses.
Setiap proses dalam satu-satu aktiviti aktiviti perlu disemak.
Setiap proses yang boleh dipendekkan, merupakan satu peluang dan cara kos pengurusan dapat dikurangkan.
Semua ini adalah antara perkara kecil yang dilakukan oleh banyak bisnes.
Kecil, tetapi ‘compounded effect’nya besar.
Teks:
Noraminah Omar
Kajang.
6 November 2016
4.28 petang