KEDAI MAKAN DAN IKAT PERUT

Kandungan posting ini ialah siri kumpulan #jawapansoalanpilihan yang disiarkan di FB Puan Noraminah Omar

==========

Puan,

Saya mempunyai kedai makan yang di jalankan baru berusia 7 bulan.

Saya perlu berada di kedai bagi memastikan perjalanan lancar. Sistem dah di wujudkan bagi melancarkan perjalanan bisnes. Tapi masalah utama saya, apabila telah di latih menjadi cekap, pekerja pula bertukar (dapat kerja ikut kelulusan dan ada yg sakit). Sepanjang 7 bulan ni, pekerja keluar masuk.

Jadi yang menjadi permasalahan saya, bagaimana hendak memastikan staff boleh kekal lama. Perjalanan bisnes sentiasa di bincangkan dgn pekerja, 2 kali sebulan. Dalam perbincangan, masing-masing berikan pendapat dan juga kekurangan. Maksud saya di sini, perbincangan 2 hala yang saya terapkan.

Masih tiada gaji untuk diri sendiri buat masa ini.

.

===========

Setiap industri bisnes ada ‘perangai dan penyakit’nya yang tersendiri. F&B lain, servis lain, pembuatan(manufacturing) lain, runcit (retail) lain.

Situasi bisnes 3 tahun pertama adalah umum. Hampir semua melalui fasa kesukaran untuk ‘survive’. Situasi bisnes mengikut setiap dulu tahun ada perbezaan. Ini dilihat mengikut jenis dan model bisnes.

Perkembangan bisnes biasa boleh dilihat pada setiap 3 bulan. Barulah kita dapat kesan rentaknya. Mula-mula, mesti tahu cara survive. Kemudian, buat duit.

Situasi pekerja bertukar, berlaku dalam semua jenis bisnes. Bisnes baru buka, ada kelebihan sendiri. Srategi ‘membangun bersama’ banyak digunakan oleh orang bisnes.

Apabila menjalankan bisnes apa pun, kita perlu mula bangunkan tim. Pada waktu itu, kita menjadi orang bisnes dan memimpin. Staf boleh kekal lama atas banyak faktor dorongan. Ini termasuklah:

.

+ Budaya dan cara kerja yang memenuhi nilai dan keperluan peribadi mereka

+ Tempat kerja yang ‘selamat’ bagi mereka

+ Syarikat yang ada potensi untuk mereka pergi jauh.

Maklumat umum yang diberikan, hanya membolehkan saranan berikut diberikan:

+ Semak semula BMC bisnes.

+ Kenalpasti ‘key-partner’ yang diperlukan.

+ Belajar dengan mentor dalam industri dan bisnes secara khusus

+ Lihat peluang dan cara menguruskan tim secara bisnes bersyarikat

+ Dalami ilmu persyarikatan yang membolehkan ‘partner’ yang betul dibawa masuk.

.

Bisnes kecil bermula dengan adanya orang berjiwa besar, seperti Tuan!

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.