ILMU DIPRAKTIKKAN

screen-shot-2016-11-03-at-7-27-08-pm

Ada banyak pendapat dan pandangan tentang perlunya kita menghadiri kelas dan sesi-sesi pembelajaran. Bagi orang dewasa yang bekerja dan menjalankan bisnes, sudah tentulah ada jadual atau rancangan khusus yang disusunkan supaya ada aktiviti menambah ilmu dan kemahiran baru.

Meskipun begitu, ia banyak bergantung kepada rancangan setiap individu. Sekiranya ia dimasukkan dalam rancangan sebuah syarikat, ia banyak bergantung kepada budaya kerja dalam syarikat.

Syarikat yang membudayakan pembelajaran dan pembangunan diri sebagai sebahagian daripada kepentingan dalam model bisnesnya, sudah tentu mereka akan menitik beratkan perkara yang beriktan dengan ilmu dan kemahiran baru.

Seperti biasa, setiap tahun, kita juga merancang untuk membelanjakan sejumlah wang (yang dibajetkan) untuk semua aktiviti syarikat. Sudah menjadi kebiasaan untuk merancang program latihan staf dan juga kita sebagai partner dalam syarikat.

Apabila tiba masanya, kita menghadiri program, kelas, seminar dan seumpamanya, akan ada banyak perkara baru yang kita perolehi. Oleh itu, kita pula akan mengira ROI kepada setiap kelas dan program yang kita hadiri.

Situasi ini biasa mendorong kita untuk mengaplikasikan banyak perkara baru selepas kita menghadiri kelas atau pun program yang memberikan kita ilmu baru.

Ya, sudah tentu kita mahu  setiap ilmu dan sisi pandang baru yang kita perolehi membawa manfaat dan kebaikan kepada diri kita. Malah, apabila kita bekerja dalam syarikat, kita juga memikirkan apa yang baik untuk syarikat. Kita mahu apa yang kita pelajari itu memberi manfaat yang jelas kepada syarikat bisnes.

Adakalanya, ini juga memerikan tekanan bukan hanya kepada diri kita, malah rakan kongsi yang lain. Maka, menjadi tugas kita untuk memastikan apa yang kita pelajari memberi manfaat dan pada masa yang sama tidak memberikan kejutan kepada perkara sedia ada.

Mencari keseimbangan mencari ilmu dan mempraktikkannya dengan cara yang baik ini juga merupakan satu cabaran. Ia juga memerlukan kita menjadi orang yang  bukan sahaja pandai, malah bijak dalam membuat keputusan.

 

Noraminah Omar

9.58 malam
28.11.2016

Kajang.

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.