SIRI KHAS PENDIDIKAN 5: Kepimpinan

Kepimpinan bukan mengajar atau menyuruh

Kebanyakan pendidik yang menyandang jawatan guru adalah mereka yang aktif dan mempunyai karakter yang disenangi oleh anak-anak. Oleh itu, kebanyakan guru adalah mereka yang peramah dan mudah dijadikan kawan.

 

Walaubagaimanapun, identiti pendidik dalam konteks bisnes pendidikan mempunyai cabarannya yang tersendiri. Mereka yang mudah mesra tidak semestinya menjadi guru terbaik. Malah menjadi orang yang mudah mesra merupakan satu kelemahan besar apabila kita mula masuk dalam dunia pengurusan bisnes.

Antara perkara yang penting ialah kemahiran membezakan antara mesra dan hormat.

 

Apabila pendiri bisnes pendidikan mempunyai latar belakang kerjaya perguruan, mereka cenderung membawa watak guru yang suka mengajar-ajar dan mengarah-arah anak-anak dalam pengurusan bisnes. Ini juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada kesukaran seseorang guru yang menjadi pengusaha bisnes dalam hal ehwal pengurusan.

 

Menguruskan pelanggan memerlukan kemahiran mendangar dan membuat keputusan bagi mengatasi situasi tertentu. Apabila kita masih membawa gaya mengajar dan mengarah, komunikasi antara kita dan pelanggan sukar dibentuk dengan baik.

Sebagai pelanggan, rata-rata mahu dihormati sebagai pelanggan. Bukan dimesrai atau diajar dan diarah.

.

artikel-5

 

Apabila dalam sesi pembelajaran, pengurusan kelas dan cara berkomunikasi bersama anak-anak adalah tidak sama dengan cara bekerja dalam sebuah pengurusan entiti bisnes. Ini juga penting apabila pengusaha perlu menguruskan sekumpulan staf atau guru.

Gaya bercakap dan komunikasi tertentu perlu diubah dan disesuaikan mengikut keperluan.

 

Perubahan dan kemahiran ini boleh dipelajari dan biasanya pendiri bisnes pendidikan memerlukan masa. Ada ramai dikalangan mereka yang mencari rakan kongsi yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran pengurusan organisasi untuk menguruskan bisnes pendidikannya itu.

 

PELAJARAN

Lebihkan memimpin dalam bisnes. Kurangkan mesyuarat yang mengajar-ajar dan mengarah-arah.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.