Memuliakan bukan memesrai
Apabila berkomunikasi sama ada dengan pekerja, pihak pembekal ataupun ibu bapa, cara orang bisnes mesti kena pada tempatnya.
Identiti guru tidak lagi sesuai digunakan apabila berkomunikasi atas platform bisnes.
Apabila ibu bapa iaitu pelanggan dalam bisnes pendidikan, memerlukan maklumat khusus berkenaan perkembangan anak-anak mereka, guru adalah mereka yang terbaik untuk menyampaikannya.
Apabila ia berkenaan dengan penerangan perjalanan operasi sekolah yang menyentuh banyak hal pengurusan, maka identity orang bisnes mula mengambilalih.
Saya banyak bertemu dengan guru yang bijak menukar identiti tanpa menimbulkan sebarang keraguan kepada ibu bapa. Mereka dengan mudah memakai topi pakar pendidikan dan menukarnya dengan topi pakar bisnes tanpa ada kesukaran.
Guru-guru ini adalah mereka yang mempunyai 2 kepakaran pada masa yang sama. Namun, mereka masih memerlukan sokongan untuk memastikan tugas yang berkenaan dapat diasingkan dengan betul. Sistem sokongan ini datang dari pelbagai pihak termasuklah bahagian pengurusan eksekutif.
Guru yang mempunyai minda perniagaan mampu berjaya menjadi pendiri bisnes. Mereka bijak menukar ‘portfolio’ dan mengubah karakter kena pada tempatnya.
Meskipun begitu, kemahiran yang paling jelas ialah apabila mereka sentiasa memuliakan orang lain. Pelanggan atau rakan sekerja lebih suka dimuliakan daripada dimesrai.
Teknik memuliakan orang dapat mengurangkan tekanan daripada pelbagai pihak. Apabila orang lain dimuliakan, dengan sendirinya mereka terdorong untuk menunjukkan akhlak dan sikap orang yang mulia.
PELAJARAN
Pandai bermesra bukanlah karakter orang professional dalam bisnes.