5 NOTA KOPI : PANDUAN BUAT GURU DAN IBU BAPA

5-2

Semua ibu bapa dan guru sentiasa mahu melakukan yang terbaik. Meskipun ada banyak kisah dan cerita yang tidak enak didengar tentang ibu bapa dan guru, kita memerlukan beberapa kunci untuk memastikan keadaan sentiasa dalam keadaan terkawal.

Minggu-minggu awal di tadika merupakan cabaran bagi semua ibu bapa dan keluarga. Tidak semua ibu bapa yang mempunyai kelapangan dan dapat mengambil cuti pada hari pertama anak masuk ke tadika. Malah, ada juga guru sendiri mempunyai anak yang juga masuk pertama kali ke tadika.

Dalam situasi ini, kedua-dua pihak, ibu bapa dan guru sama-sama dalam keadaan emosi yang mudah terganggu.

Baiklah. Kita lihat beberapa kunci utama dalam usaha menjamin perjalanan minggu-minggu pertama yang bakal menentukan perjalanan bulan-bulan seterusnya di tadika anak kita.

 

  1. Bersangka baik.

Banyak kisah dan cerita yang kita dengar tentang guru dan pengurusan tadika. Malah guru juga banyak mendengar kisah dan cerita tentang ibu bapa yang ‘demanding’ dan kurang mempunyai kemahiran keibubapaan.

Kita juga didedahkan dengan berita kemalangan dan kecederaan serta ketidakbolehan anak mencapai potensi di tadika akbiat pengurusan yang buruk.

Guru di tadika juga banyak mendapat perkhabaran tentang ibu bapa yang suka menyaman guru dan tadika atas perkara yang mereka anggap sebagai boleh diselesaikan dengan baik.

Lihat.

Kedua–dua belah pihak sebenarnya mempunyai situasi yang sama. Banyak mendengar perkhabaran buruk.

 

BAIK SANGKA memberikan kita asas untuk bekerjasama dengan baik. Apakah yang boleh mengurangkan risiko ini? Bagaimana kita mengawalnya?

 

Sebagai ibu bapa, kita pastikan bahawa kita dimaklumkan tentang prosedur tadika dan faham SOP asas pengurusan tadika yang mengendalikan program untuk anak kita.

Sebagai guru, kita mesti memastikan komunikasi yang efektif berlaku antara guru-tadika –ibu bapa.

 

  1. Fokus kepada penyelesaian.

Apabila menghadapai situasi tertentu, kita lebih cenderung untuk menyiasat apa yang berlakau. Bagaimanakah ia boleh berlaku? Siapakah yang bertanggungjawab? Salah siapa sebenarnya?

Dalam banyak situasi yang pernah saya alamai sendiri, adakalanya perkara kecil melarat sehinggalah menjadi alasan untuk ibu berbalah dengan bapa.

Pemahaman yang jelas di kalangan ibu bapa dan guru tentang fokus kepada satu isu itu amat penting. Apa yang kita mahukan? Sudah tentu kita mahu menyelesaikan situasi itu.

Seandainya anak kita menangis semasa mahu ke tadika, kita mahu anak itu gembira.

Seandainya anak itu luka semasa di tadika, kita mahu anak itu selamat.

Seandainya anak itu tidak mempunyai kawan, kita mahu anak itu berkawan.

Sebagai ibu bapa, berikan maklumat yang sejelas mungkin kepada guru supaya mereka boleh menyusunkan pelan tindakan dengan lebih baik. Bersedia menerima maklumbalas daripada guru meskipun sekali sekala kita akan bertemu dengan guru yang ‘kurang mahir’ bercakap dan menyusun ayat.

 

Sebagai guru, ambil semua maklum balas daripada ibu bapa sebagai perkara penting. Amalkan proses yang biasa dalam menyelesaikan situasi:

  1. Semak senario kejadian.
  2. Apakah yang biasanya berlaku dalam senario itu.
  • Susunkan pelan tindakan untuk penambahbaikan.
  1. Maklumkan kepada ibu bapa 3 perkara di atas. Beritahu peranan mereka untuk membantu dalam hal ini.
  2. Bercakap semula dengan ibu bapa selepas 3atau 5 hari pelan tindakan dijalankan. Kemaskinikan maklumat. Beritahu perubahan atau minta maklumbalas daripada ibu bapa.

Kita juga bertanggungjawab untuk memperbaiki cara penyampaian maklumat dan gaya bahasa yang betul agar tidak menimbulkan sebarang kecederaan emosi kepada anak dan ibu bapa itu sendiri.

 

  1. Berani membuat keputusan.

Ada banyak keadaan yang memerlukan ibu bapa dan guru membuat keputusan. Keputusan ini melibatkan perkara kecil dan ada yang melibatkan perkara yang lebih besar.

Sebagai ibu bapa, beri tempoh masa untuk guru dan pihak tadika melakukan pelan tindakan mereka. Berikan bantuan sebaiknya. Apabila tidak ada perubahan, kita boleh mengambil keputusan untuk tidak menyembung sesi persekolahan di tadika itu.

Sebagai guru, kita boleh memberikan tempoh bertenang kepada anak dan ibu bapa sekiranya perlu. Setelah komunikasi dan pelan tindakan dijalan dan jalan penyelesaian tidak juga kelihatan, kita boleh mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan kepada anak itu.

Dalam membuat keputusan ini ibu bapa dan guru perlu menerima bahawa:

  • Meskipun tadika itu sebuah tadika yang bagus, ia mungkin tidak sesuai untuk anak kita.
  • Meskipun anak kita anak yang baik dan bijak, ada kemungkinan suasana dan sistem di tadika itu tidak sesuai dengan gaya pembelajaran anak kita.

Itu saja.

 

  1. Berlapang dada.

Apabila sudah membuat satu keputusan, berlapang dadalah dengan diri sendiri dan keadaan. Terima sahaja hakikat akan keputusan yang kita sudah buat.

Dengan berlapang dada, kita menyelamatkan diri kita sendiri daripada perasaan ‘marah’ dan ‘dendam’ kepada pihak yang satu lagi.

Sebagai ibu bapa, kita berhak berkongsi pengalaman dan menceritakan apa yang kita laami kepada orang lain. Hakikatnya, apa saja pengalaman buruk yang kita alami, ia tidak semestinya terjadi kepada orang lain.

Sebagai guru, kekalkan etika dan profesionalisme dalam bidang perguruan dan pengurusan bisnes. Semua perkara yang bersifat sulit dan persendirian tidak boleh didedahkan kepada umum.

Apabila ibu bapa dan guru serta pihak pengurusan tadika saling berlapang dada, kita dapat belajar daripada kesilapan dan membuat penambahbaikan.

 

  1. Fikir dan sebut yang baik. Banyakkan berdoa

Berfikiran positif sudah banyak dibincangkan dan disebutkan hasilnya oleh pakar psikologi dan buku-buku motivasi.

Satu perkara yang kita juga mesti percaya ialah dengan kekuatan doa. Doa merupakan senjata yang paling tajam. Doa ibu dan bapa adalah hadiah yang paling besar buat anak dan juga guru-guru di tadika.

Ibu bapa dan guru yang saling doa mendoakan antara satu sama lain, sudah pasti berjaya membawa aura positif dan dapat mengatasi apa juga yang negatif.

 

Teks:
Noraminah Omar

Kajang, Selangor.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.