SIRI KHAS PENDIDIKAN 8: Lelaki atau Perempuan?

Lelaki atau perempuan

Rata-rata 95% mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan kanak-kanak adalah perempuan. Ada ramai guru lelaki yang juga mengambil latihan perguruan. Namun, bilangan mereka yang turun ke gelanggang industri secara khusus amat sedikit.

artikel-8

 

Mereka yang terlibat dalam bisnes pendidikan juga boleh dibilang dengan jari. Ramai lelaki yang mengambil peranan pengurusan yang tidak melibatkan bahagian pendidikan. Ini berbeza dengan dunia pendidikan yang dijalankan di bawah pengurusan kerajaan.

Dalam bisnes pendidikan secara khusus, ramai lelaki yang lebih selesa dengan menjaga bahagian kewangan, penyelenggaraan dan juga pengurusan logistik.

Sedikit dan jarang sekali kita dapat melihat guru lelaki terlibat langsung dalam bisnes pendidikan dan dalam hal pengurusan perguruan. Saya sendiri amat ragu dan tidak selesa untuk mengambil guru lelaki.Namun, guru pertama yang pernah saya ambil untuk mengurus dan mengendalikan kelas ialah seorang guru lelaki!

Dalam beberapa sesi minum kopi bersama Pengusaha tadika, ada juga diceritakan beberapa situasi semasa mereka mengambil guru lelaki. Ia tidaklah satu perkara yang unik. Rata-rata, situasinya sama juga dengan adanya guru perempuan. Pun begitu, persepsi negatif ibu bapa kepada guru lelaki di tadika masih tinggi.

Secara amnya, ini pemerhatian saya kepada penglibatan orang lelaki dalam industri pendidikan, khususnya tadika

  1. Guru lelaki memberi figura ‘ayah’ di tadika.

Sebenarnya, guru lelaki mempunyai pengaruh yang lebih kuat terhadap kanak-kanak berbanding guru perempuan. Anak-anak lebih terdorong untuk bercakap dan mesra dengan guru lelaki berbanding perempuan. Figura lelaki sebagai ayah dan ketua dalam keluarga sedikit sebanyak mempengaruhi tingkah laku anak-anak di tadika.

Gaya kerja dan penyampaian guru lelaki dan perempuan dapat memberikan variasi kepada pengalaman anak belajar di tadika. Guru lelaki juga dilihat mudah disenangi oleh ibu bapa sama seperti guru perempuan. Guru lelaki yang karakter semulajadinya nampak bersahaja membuatkan beberapa kanak-kanak yang pendiam mula mahu bercakap.

2. Kelebihan kekuatan fizikal guru lelaki banyak membantu di tadika.

Meskipun tugas guru mengajar di dalam kelas, ada banyak aktiviti yang memerlukan kebolehan yang lasak dan tenaga fizikal yang tinggi. Kewujudan guru lelaki biasanya banyak membantu.

 

DARI segi pengurusan dan bisnes juga, ada banyak perbezaan apabila perempuan atau lelaki yang menguruskannya. Ada banyak ‘debate’ dan perbincangan tentang bekerja dengan lelaki dan perempuan, yang mana lebih baik dan menyeronokkan.

Secara peribadi, saya melihat bahawa bisnes dan karakter manusia memang ada kaitannya. Namun, cabaran bisnes itu adalah lebih utama. Adakalanya, lelaki juga melakukan perkara yang sama seperti perempuan dan sebaliknya.

 

Sebenarnya, cabaran bisnes itu ialah bisnes itu sendiri. BUKAN Jantina.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.