EMOSI DAN BISNES

EMOSI DAN BISNES

Tidaklah kita ini bernama manusia, jika kita tidak punya rasa. Gembira. suka, marah , sedih dan semua yang kita rasa itu merupakan satu anugerah. Ialah yang menjadikan kita manusia.

Tahun 2017 dikatakan sebagai tahun yang mencabar, Mencabar buat semua, bukan hanya orang bisnes. Setiap rakyat Malaysia yang mempunyai latar belakang yang pelbagai, tidak kira di mana dan bagaimana gaya hidup mereka, semuanya mengalami situasi yang hampir serupa. Kekangan kewangan dalam pengurusan hidup.

Sehingga hari ini, dalam beberapa sesi perbincangan santai dan formal, tidak banyak lari jauh komen dan perbincangan. Ianya berkisar tentang situasi bisnes tahun 2017 yang sudah bermula hampir 20 hari lalu.

Ada bisnes yang mengelamai penurunan jualan sehingga 50% bagi satu segmen atau produk tertentu. Bagi ramai orang bisnes, mereka sudah bersedia akan hal ini, namun mereka tidak dapat menjangkakan berapa teruk dan banyaknya kesan dalam bisnes masing-masing.

Menjelang Januari 2017 ini, banyak syarikat sudah cepat-cepat menyemak unjuran kewangan dengan ‘actual numbers’ yang mereka sudah kumpulkan pada 20 hari pertama bulan Januari 2017.

Antara yang dilakukan oleh beberapa syarikat ialah:

+ masuk dalam segmen market baru

+ menjalankan projek baru

+ menjual produk baru untuk segmen sedia ada

+ memperkenalkan labae baru dalam senarai jenama sedia ada

 

Rata-rata mengatakan bahawa, pengurangan kos sudah masuk tahap maksimum. Sekiranya mereka terus mahu mengurangkan lagi kos, kualiti dan hasil yang dikeluarkan akan menurun dan menjejaskan nama baik jenama masing-masing.

Pada masa yang sama, ada beberapa jenis bisnes pula menunjukkan kenaikan yang memberansangkan. Ini berlaku terutamanya kepada bisnes consulting. Apabila ramai yang terkesan dengan ekonomi, ada yang diberhentikan kerja atau mengambil keputusan berhenti kerja.

Inilah masanya ramai yang mula mencari peluang menjalankan bisnes sendiri sama ada kecil-kecilan atau bermula dengan bisnes yang sederhana besar. Situasi ini banyak dilihat di kalangan mereka yang bekerja di sektor swasta.

Kemahiran memulakan bisnes, mengembangkan dan menaiktaraf sistem pengurusan bisnes juga banyak menjadi pilihan. Dalam situasi ekonomi begini, ramai yang mahu meningkatkan bisnes. Ramai yang mahu mengurangkan kos HR dengan meng’automasi’kan banyak proses dalam bisnes.

Secara amnya, sama ada bisnes yang dijalankan oleh syarikat bisnes itu akan dapat survive atau tidak, ia bergantung kepada perancangan, strategi dan kebolehan setiap barisan pemimpin dalam syarikat.

 

Kesan yang paling utama kepada orang bisnes ialah kebolehan mengawal emosi. Setiap keputusan yang dibuat adakalanya banyak berhubung dengan emosi setiap individu dalam tim pengurusan bisnes. Mahu tidak mahu, hakikat ini kita terima.

Ada ahli tim dan staf yang tertekan dengan situasi ‘kerja kuat’ yang perlu dilakukan dalam tempoh sukar ini. Ada juga yang mempunyai situasi peribadi apabila pasangan atau ahli keluarga kehilangan kerja.

Apa juga situasinya, emosi diri sendiri, adalah sesuatu yang boleh kita kawal.

+ bekerjalah dalam kumpulan

+banyakkan berjumpa dengan orang bisnes lain

+ menyusun strategi dan pelan bersama kumpulan

 

.

Teks:

Noraminah Omar, 10 pagi, Kajang, 22 Januari, 2017.

 

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.