Mengajar dan Mendidik anak di rumah
Di rumah, anak-anak belajar tentang kekeluargaan, kejiranan dan perkara yang melibatkan masyarakat setempat. Bagi sesetengah keluarga besar, anak-anak mempunyai pengalaman hubungan kekeluargaan yang lebih harmoni.
Sesetengah keluarga hari ini tinggal bersama datuk
, nenek dan sebahagiannya ada yang tinggal bersama pakcik, makcik dan sepupu mereka dalam sebuah rumah yang besar.
Manakala, sebahagian besar pula tinggal bersama keluarga masing-masing dengan saiz keluarga yang pelbagai. Mengajar anak dirumah dengan kepelbagaian situasi dan latar belakang menjadikan pendidikan di rumah lebih bersifat ‘customised’ dan fokus kepada anak itu.
Trend keibubapaan hari ini telah melihat wujudnya perkembangan komuniti ibu bapa yang memilih untuk mengajar dan mendidik sendiri anaknya di rumah. Ia lebih dikenali sebagai ‘homeschooling’.
Di sini saya tidak akan menyentuh banyak tentang ‘homeschooling’. Tatacara pengendalian program ini oleh ibu bapa masih berstruktur dan sangan fleksibel. Ia memberi kesan positif kepada perkembangan anak-anak yang dididik secara teratur dan berterusan.
PELAJARAN
Ibu bapa yang mengajar sendiri anaknya di rumah boleh membuat pilihan kepada konten dan cara pembelajaran. Masa dan tempoh pembelajaran sangat fleksibel.