KEMAHIRAN BEKERJASAMA DAN BERUNDING

NOTA BISNES 8

 

Apabila kita menjalankan bisnes, mahu tidak mahu kita akan terlibat dengan banyak hal perbincangan dan rundingan. Sama ada ia melibatkan satu  atau dua pihak, bergantung kepada jenis kerjasama dan rundingan yang mahu dijalankan.

Meskipun menjalankan bisnes kecil, kita masih memerlukan kemahiran ini. Kemahiran berunding, boleh dipelajari. Antara cara yang biasa dan mudah bagi kita untuk belajar ialah dengan menghadiri kelas, program dan belajar dengan orang yang sudah berpengalaman.

Katakanlah kita baru sahajs menceburi bidang jualan online. Kita perlukan kerjasama daripada beberapa pihak terutama untuk hal supply dan marketing.

Selepas beberapa lama berbisnes, kita akan mula memikirkan tentang pengurusan jualan, lantikan ejen dan penyusunan pengurusan kutipan dan kewangan.

Bermakna, antara kerjasama awal yang wujud bermula apabila kita mula menubuhkan tim. Menguruskan bisnes online sekalipun, masih memerlukan kita mempunyai satu kumpulan individu untuk menguruskannya. Barulah bisnes boleh dikembangkan.

 

Dalam konteks bisnes pendidikan pula, kerjasama yang penting selepas tim ialah ibu bapa dan masyarakat. Bisnes yang melibatkan banyak hal kemanusiaan dan isu khidmat pelanggan perlu diuruskan dengan baik.

Proses pendidikan tidak sama dengan proses jualan barang. Kerosakan yang berlaku dalam proses pendidikan memerlukan sistem dan prosedur ‘damage control’ yang lebih telus. Ia tidak semudah menggantikan barang yang rosak dan memulangkan wang pelanggan.

Maka, situasi pengurusan bisnes berbentuk servis boleh dikatakan sebagai bisnes yang mempunyai keperluan kritikal dalam bidang kemahiran kerjasama dan rundingan. Kekuatan latar belakang pengusaha dan tim pengurusan memberi impak yang signifikan.

 

Maka, setiap individu yang terlibat sebagai tim pengurusan kanan (yang membuat keputusan dan dasar), pelulah mula membina kredibiliti dalam bidang masing-masing.

Antara yang boleh ditimbangkan ialah:
+ membina profail yang dapat disemak atas talian (online presence)
+ mempunyai akaun media sosial yang sihat
+ mempunyai imej bersih (tidak ada rekod bergaduh dan buruk-memburukkan orang lain)
+ mudah dibawa berunding dan bekerjasama

 

Meskipun begitu, ada banyak cara dan pendekatan yang boleh kita pilih untuk memastikan kemahiran bekerjasa dan berunding ini digilap dengan betul.

Keperluan setiap jenis bisnes, memang berbeza. Tetapi, kemahiran ini masih kekal relevan dan signifikan.

Sama ada kita pendiri bisnes itu, atau kita sebahagian daripada kumpulan pengurusan bisnes itu, tanggungjawab ini masih perlu digalas bersama.

.
Teks:

Noraminah Omar
Kajang, 7 malam,
2.22017

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.