EKONOMI SEMASA & BISNES PENDIDIKAN (Tadika)

Bisnes pendidikan ialah antara kategori bisnes yang dikatakan ‘kalis ekonomi’ seperti bisnes makanan. Logik umum mengatakan bahawa semua orang makan, semua orang akan belajar. Tidak ada orang berhenti makan dan belajar dalam apa juga situasi ekonomi.

Betul, ia memang begitu. Malah, logik umum menyatakan bahawa bisnes pendidikan adalah bisnes yang memang sentiasa ada pelanggan. Tidak boleh tidak dapat jual.

Jadi, dalam sitiuasi semasa hari ini, bagaimanakah bisnes pendidikan (secara khususnya tadika) terkesan?
Malah khabarnya, ‘tadika’ dikecualikan daripada GST?
Jadi apakah yang dikatakan terkesan itu?

 

Tuan dan Puan,

Logik umum dan logik bisnes itu berbeza. Kesan ekonomi yang diperbincangkan dalam konteks semasa melangkaui GST yang banyak diperkatakan. Meskipun GST dikecualikan bagi bisnes tadika, ia adalah sementara sahaja.

 

PERTAMA, mari kita lihat situasi pengurusan tadika yang menjadi bahagian penting yang dibelanjakan oleh pengurusan bisnes.

Perbelanjaan dalam bisnes pengurusan tadika bukan hanya berkisar kepada pengurusan di premis bisnes sahaja.
Ia melibatkan sewa, bil, belian bahan cetak (termasuk pakaian), makanan dan peralatan serta servis baikpulih di tadika. Tidak ketinggalan juga GAJI staf yang kini perlu mengikut kadar minima tertentu yang sudah diumumkan.

Dalam senarai perbelanjaan ringkas di atas, mahu atau tidak, GST belian barang dan bahan masih ditanggung oleh pengusaha bisnes. Malahan, khidmat yang diambil oleh pengusaha dari pembekal khidmat latihan contohnya,  juga masih dikenakan GST.

Pematuhan dalam pengurusan bisnes terlasuklah perlu patuh kepada:

+peraturan keperluan ejensi bomba dan kesihatan
+ keperluan ejensi jabatan pendidikan
+ keperluan majlis setempat
+ keperluan susunan bangunan dan kawalan keselamatan
+ keperluan kualiti program pendidikan
+ keperluan pengurusan belian barang keperluan dalam bisnes.

Dalam konteks pengurusan syarikat bisnes tadika, kos pematuhan itu sendiri sudah meningkat secara langsung.

 

KEDUA, bagi pelanggan iaitu ibu bapa, mereka masih terus menghantar anak tadika, pusat tuisyen dan seumpamanya. Ya, mereka masih terus menghantar anak belajar.

Namun, dalam situasi sekarang, ibu bapa akan lebih memilih.
Jika dahulu anaknya bersekolah pagi dan petang, kini mungkin mereka beralih kepada 1 sesi sahaja.
Jika dahulu mereka hantar anak belajar seawal 3 tahun, kini mereka tunggu sehingga anak berumur 5 tahun.
Jika dahulu mereka hantar anak ke tadika untuk membaca, kini mereka memilih hantar anak ke pusat tuisyen sahaja untuk membaca.

Dahulu pendapatan isrumah RM7000 sebulan, kini hanya tinggal RM5500 sahaja.
Dahulu perbelanjaan hanya 45% daripada pendapatan, kini perbelanjaan jadi 60% daripada pendapatan.

Dalam konteks ini, pelanggan membuat pilihan anak ke tadika bila untuk menghantar berdasarkan kemampuan kewangan seisi rumah dan sekeluarga.

 

KETIGA, bagi ibu bapa yang masih mampu, ada situasi di mana mereka terpaksa melepaskan satu kemahuan kepada satu kehendak yang lain.

Sebagai contoh, mereka mahu menghantar anak ke tadika A yang mereka tahu bagus untuk anak mereka. Tetapi berdasarkan situasi semasa, mereka terpaksa melepaskan apa yang baik di tadika A dan beralih kepada tadika Z.

Dalam konteks ini, pelanggan memilih untuk terus menghantar anak ke tadika, tetapi ke tadika yang lebih rendah kosnya daripada semua segi.  Jika kemudahannya sedikit, mereka cari yang ada lebih banyak kemudahan untuk mereka berjimat.

Jika lokasinya jauh, mereka cari yang dekat.
Jika ada ada tadika yang beri lebih makanan, mereka pilih.
Jika ada tadika yang beri lebih lama masa anak di tadika tanpa caj tambahan, mereka pilih.
Jika ada tadika lebih dekat dan jimat wang transport, mereka pilih.

Dalam konteks ini, pelanggan membuat pilihan yang dapat memberikan mereka ruang berjimat.

 

KEEMPAT, bagi pelanggan yang betul, iaitu mereka yang memang menjadi avatar kepada bisnes pendidikan yang kita tawarkan, pelanggan biasanya akan kekal, tetapi mempunyai ‘expectation’ yang lebih tinggi.

Meskipun pelanggan tahu mereka membayar untuk satu nilai yang berpadanan, mereka mahu pembaharuan dan penambahbaikan. Dalam situasi ini, kos pematuhan dan menambah nilai adalah suatu perkara penting yang mesti dibuat.

Kos tambahan kepada pengusaha bisnes tetap ada meskipun mereka bersungguh-sungguh mengawalnya.

Dalam konteks ini, kos meneruskan dan meningkatkan kualiti pelanggan yang bertambah terus ditanggung oleh syarikat bisnes.

 

Tuan dan Puan,

Mahu atau tidak, semua pengusaha bisnes mengakui mereka terkesan dengan situasi ekonomi semasa.

Meskipun ada tadika yang mendapat bilangan murid yang banyak, tidak boleh kita membuat andaian mereka selesa, melainkan kita tahu tentang kos-kos sebanar dalam bisnes yang mereka tanggung.

Bagi sesetengah pengusaha yang mempunyai bilangan murid yang samai dan melimpah, kesan kepada kos penyelenggaraan dan pengurusan adalah angka-angka yang hanya boleh dianalisa setiap bulan. Hari ini, 10.2.2017, semua pengusaha baru dapat melihat laporan kewangan Januari 2017.

Biasanya, selepas 3 bulan, barulah betul-betul situasi angka-angka bisnes ini dapat dilihat dengan jelas dan terang.

Bagi syarikat bisnes tadika yang mempunyai sistem pengurusan kewangan yang baik, pada 28.2.2017 mereka sudah boleh menganalisa kesan ekonomi semasa kepada situasi kewangan syarikat mereka.

 

Secara umumnya, ada beberapa perkara yang perlu disemak oleh pengusaha bisnes tadika .

+ Semak strategi pemasaran supaya kita bersedia untuk tahun 2018.
+ Teliti kos-kos perbelanjaan yang tersembunyi daripada sekecil-kecil belian sehinggalah pembayaran yang paling besar.
+ Sediakan SOP untuk perekara penting terutama yang melibatkan hal kualiti servis dan pengurusan pelanggan.
+ Sediakan perbelanjaan meningkatkan kemahiran di semua peringkat staf termasuk pengusaha bisnes.

 

Selamat berjuang, teruskan memberikan sinar dalam dunia pendidikan anak-anak sepanjang tahun 2017!

 

Teks oleh: Noraminah Omar.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.