Tadika, Bisnes (untung rugi) dan Kualiti.

Mutakhir ini, ada banyak diskusi tentang bisnes pendidikan, khususnya tadika. Ada banyak perbincangan terutama tentang kos pengurusan dan juga kualiti pendidikan anak-anak prasekolah ini.

 

Bagi media, kupasan intipati isu, banyak dimainkan dengan tajuk. Malah, tajuk (headline) menjadikan penentu kepada pembaca untuk memilih media berkenaan sebagai bahan rujukan bacaan untuk isu berkenaan.

 

Maka, ada banyak situasi, di mana kupasan isu berkenaan tidak dapat diterima oleh pembaca. Malah, ada banyak pula sisi pandang baru yang dikemukakan oleh pelbagai pihak.

Saya melihat situasi ini dari 2 sisi pandang yang memang biasa kita perkatakan. Sisi pandang pengurusan bisnes dan juga keperluan pendidikan berkualiti untuk anak-anak.

 

Kali ini, saya suka membawa rakan pembaca semua kepada situasi yang melibatkan kualiti pendidikan.

 

Pertama, meskipun dalam situasi ekonomi yang kurang baik, pembukaan tadika-tadika baru masih banyak. Malah ada nama-nama baru dalam industri yang membuka khidmat tadika dan juga rantaiannya. Apakah rantaian dalam khidmat tadika? Ia termasuklah pusat jagaan, pusat perkembangan dan tidak ketinggalan taska yang menjadi ‘feeder’ kepada kebanyakan tadika sedia ada.

 

Kedua, wujud pelbagai nama baru dan juga konsep pembelajaran baru yang ditawarkan di pasaran. Ini termasuklah, niche bahasa Inggeris, keusahawanan, ‘practical life’ (montessori), kepimpinan (leadership), play based (barat dan timur) dan tidak ketinggalan yang memberi fokus kepada pendidikan agama Islam.

 

Bagi sesetengah pihak, mereka melihat bahawa limpahan bilangan tadika sebagai petanda kepada penurunan kualiti pendidikan prasekolah akibat daripada mudahnya untuk tadika dibuka dan dijadikan bisnes.

Apakah ini benar?

 

Saya mengaku bahawa membuka sebuah tadika 5 tahun dahulu lebih mudah berbanding sekarang. Meskipun prosesnya masih sama, ada banyak perkara pematuhan yang kini mula diperketatkan.

Meskipun kelihatan bilangan tadika baru banyak dibuka, pada masa yang sama banyak juga tadika yang tutup. Ini hakikatnya.

 

Apakah antara peraturan yang makin ketat itu? Berikut adalah sebahagian daripadanya.

1. Program dan kurikulum yang mesti mengikut panduan KSPK (kurikulum pra sekolah kebangsaan). Bagi pusat pendidikan yang BUKAN tadika, mereka perlu mendapat kelulusan program  yang mahu dijalankan di tadika masing-masing.

2. Lesen kebenaran menjalankan perniagaan atas nama tadika yang diluluskan di SSM.

3. Kebenaran dan persetujuan jiran.

4. Kelulusan penukaran ‘matan’ bangunan. Rumah ATAU rumah kedai kepada institusi pendidikan.

5. Kelulusan bahagian kesihatan yang memerlukan sekurang-kurangnya seorang penyedia makanan di tadika yang menerima suntikan dan sudah pergi ke kelas penyediaan makanan.

6. Kelulusan bomba supaya bangunan memenuhi ciri-ciri keselamatan dan mempunyai fasiliti yang menyokong keselamatan bergantung kepada desain bangunan.

 

Maka, bagaimanakah wujudnya tadika yang banyak pada satu masa? Apakah mereka memenuhi semua keperluan perundangan ini?

 

Semua proses pendaftaran dan pembukaan tadika mempunyai senarai semak khusus yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan KPM sendiri. Maka, ianya merupakan satu proses yang tidak akan selesai dalam tempoh seminggu atau sebulan.

Inilah yang berlaku di mana kita dapati ada tadika yang beroperasi, tetapi tidak lama kemudian terpaksa berpindah ATAU ditutup.

Ada juga yang ditutup akibat tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, tetapi ada banyak juga yang ditutup kerana tidak dapat memenuhi keperluan perlesenan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

 

Pada sisi pandang bisnes, ini adalah risiko yang perlu diurus.

 

Bagaimana pula dengan perjuangan pendidikan yang dibawa oleh para pengusaha tadika? Apakah mereka boleh terus ‘reaching out’ kepada komuniti sekiranya perusahaan tidak diuruskan sebagai satu entiti bisnes dengan betul?

Bilakah masanya para pengusaha tadika bersedia memartabatkan pendidikan awal pra sekolah yang berkualiti dengan membawa perjuangan yang mereka percaya?

Apakah benar pusat pendidikan yang diuruskan oleh orang bisnes tidak mempunyai kualiti pendidikan atau sebaliknya?

 

Teks: Noraminah Omar

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.